Bab 12

8.1K 483 41
                                    

NAUFAL tiada komen. Jujurnya Naufal rasa simpati. Hanya kerana keluarga Aireen ingin mengatur hidupnya, Aireen terpaksa hadap perasaan terluka seperti ini.

Hubungan yang dipenuhi cinta ikhlas, suci, dan indah yang tercipta di antara Aiman dan Aireen musnah disebabkan semua ini. Perasaan terluka dan sedih yang ditanggung hanya mereka berdua tahu betapa peritnya.

"Aku rasa bersalah," kali ni ayat Aireen dibalas dengan pertanyaan Naufal. "Kenapa?," tanya Naufal pelik.

"Sebagai seorang isteri, perasaan untuk lelaki lain adalah haram. Aku dah jadi milik Harraz. Sejak aku jadi milik Harraz... dalam hati aku tak boleh ada lelaki lain selain dia," jawab Aireen dengan senyuman kelat.

"But... You doesn't love him?,"

Aireen menunduk. "Love between human are nothing when it come to this situation. Memang aku baru jumpa Harraz, tapi aku lagi rapat dengan kau. Kau rasa macam mana aku nak jatuh cinta pada dia? Semua tu umpama mustahil," tutur Aireen perlahan.

But in this world... nothing is really impossible.

"Tapi dia tetap suami aku. After all, I'm still living in my arranged life. Will my feeling be arranged too...?," tambah Aireen.

A doll. A hurted doll. A lonely doll
Always a doll. But until when?

Naufal terkedu. Dia tak tahu sekuat mana jiwa Aireen sampailah masa ini. Aireen seorang yang sangat kuat. Aireen adalah permata. Gadis yang mempunyai hati sekuat Aireen sangat berharga. Dan menyerahkannya kepada seorang Harraz Daniel adalah sia-sia... bagi Naufal. Layakkah Daniel memiliki Aireen?

Aireen mampu gadai perasaan sendiri, tidak seperti orang lain yang hanya berpegang teguh kepada hati dan rasa. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tetapi kenapa sekarang ni Aireen yang rasa mati hati bila tidak mengikut kata dan kehendak hati?

"Let me stop the topic. Dunia ni bukannya semua pasal cinta. Kalau makan ya. Tak makan boleh mati," dan Aireen mampu kembali ceria seperti biasa.

This is what some people become after being hurted a lot. Immuned.

"Aku nak makan korean chicken burger. Acah fefeeling kekoreaan," kata Aireen sambil tersenyum.

Wajah Naufal tiada senyuman. Naufal dapat rasa kesakitan Aireen. Itu pun bukan dia sendiri yang alami. Apa yang Aireen rasa jauh lagi sakit daripada sedikit yang Naufal boleh rasa. Pedihnya.

Dan Aireen mampu berpura-pura okay. Macam mana dia buat semua tu?

"Kau tak pernah terfikir ke untuk minta cerai?," tanya Naufal tiba-tiba.

Wajah Aireen berubah. Untuk seorang seperti Daniel, tiada siapa tahu apa balasan Daniel kalau Aireen minta cerai. Dengan senang hati Aireen akan diceraikan atau Daniel akan tetap mengikat Aireen untuk dipermainkan? We never know.

Tersentaklah juga Aireen dengan soalan Naufal. Naufal pula yang sakit hati bila Aireen seperti terperangkap begini. Bagi Naufal, sia-sia Aireen jatuh ke tangan abangnya itu. Aireen terpaksa berkorban dalam hubungan itu walaupun... Daniel masih hidup dalam hidup normalnya. Hidup acah bujang dan penuh dengan kejahilan. Daniel tak tahu langsung pasal apa yang Aireen alami. Bagi Naufal, Daniel hanya mampu memusnahkan Aireen.

"Lepas tu?," soalan Aireen pula yang buat Naufal terkedu.

Naufal sedikit terpinga. Tak faham soalan Aireen.

"Lepas aku minta cerai?," tanya Aireen semula.

Naufal mula faham. Aireen betul. Semuanya akan kucar kacir kalau Aireen minta cerai dengan Daniel. Banyak kemungkinan akan berlaku dan perkara itu Aireen tak sanggup nak hadap. Apa yang paling difikirkan Aireen... keluarga sendiri.

My Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang