Naufal menoleh ke kirinya. Reaksi Aireen pada soalan itu dilihat.
"Aireen, kau okay?," tanya Naufal lembut. Prihatin.
Aireen mengedipkan matanya perlahan lalu mengangguk. Senyuman hambar cuba diukir tanda dia baik-baik sahaja.
"A... Aku okay je. Kenapa tanya?," soal Aireen semula. Cuba menutup apa yang dia rasa.
Sakit.
Naufal hanya tersenyum. "Baguslah kalau macam tu," gumam Naufal. Dia risaukan Aireen. Naufal tak nak Aireen sedih.
Di atas pentas...
Daniel mengambil beberapa saat sebelum menjawab soalan itu. Dia tergelak kecil. Gelak kosong. Tawar tanpa emosi.
"Maybe no... maybe yes. But actually... it's true, "
Desahan ramai kedengaran.
"How about your wife? Is she okey? And how about your acceptance of this accident?," tanya orang lain pula.
Daniel mula tegak pada duduknya. Wajahnya tetap tenang.
"Any question about what should we ask and what we shouldn't?," tanya Daniel.
Semua orang mula diam. Pengacara majlis mula tampil dengan lengoknya.
"Let have a break first. Then we shall continue," ujar pengacara majlis yang jelita itu dengan senyuman menawan.
Daniel mengeluh di tempatnya. 'Bila aku boleh senyum semula?,' soal Daniel di dalam hati.
Daniel masih belum pulih dari luka itu. Dia rindukan isteri dia tapi dia belum ada kekuatan untuk menghadap Aireen. Jadi biarlah. Biarlah dia menjauh dan tenangkan diri sendiri. Bagi Daniel, Aireen juga perlukan masa untuk bersendirian. Harap dalam masa ini, masing-masing dapat memulihkan diri sendiri.
Hadirin majlis yang ada mula beransur bangun dari duduknya. Daniel terus bersandar pada kerusi dan memejamkan mata. Dia malas nak turun dari pentas. Nasib baik semua orang memang kisahkan diri sendiri sahaja dan tak pedulikan dia di atas sana.
Kalau ada orang tegur pun... Daniel malas layan.
Aireen menarik sedikit lengan baju Naufal. Maaf ye.
"Naufal,"
"Naufal, jomlah bangun,"
Naufal hanya diam dan buat tak dengar. Aireen mula naik angin.
"Kalau kita duduk sini dan tak bangun-bangun... Nanti Harraz nampaklah!," kata Aireen.
"Biarlah,"
Aireen memukul lengan Naufal dengan beg silangnya. Naufal hanya mengerling Aireen sekilas.
"Kau nak bawa Daniel balik tak ni? Kalau dia tak nampak kau... macam mana tu?," tanya Naufal sinis.
Aireen mengeluh lemah. Wajahnya mendung.
"Tak apa lah. Aku... takut,"
Naufal membentak kecil. "Kau nak takut apa? Daniel tu suami kau, kan?,"
"Aku takut dia... benci aku," kata Aireen sebak.
Naufal cuba tenangkan diri sendiri. "Daniel takkan benci kau. Benda tu mustahil. Dia gilakan kau. Takkan dia boleh benci pada satu-satunya perempuan yang dia suka? Sayang?," tanya Naufal.
Aireen menunduk. Hanya mereka berdua sahaja yang masih duduk di kerusi ini; menghadap pentas. Orang lain sudah sambung berbincang, makan, dan bertegur sapa. Ada juga yang berborak pasal bisnes dan segala bagai.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...