Bab 18

8.3K 393 28
                                    

AIREEN menjawab panggilan telefon yang diterimanya. Nombor tersebut disimpan dengan nama 'Kit Kat'.

Salam Naufal dijawab.

"Holla,"

Orang di talian jeda sesaat.

"Hugugaga,"

Mereka berdua tergelak.

"Aku otw rumah Daniel," maklum Naufal tiba-tiba.

Aireen tersenyap. Sebenarnya, kalau boleh Aireen tak nak Naufal datang sini. Aireen malas. Aireen boleh bergurau kecil dengan Naufal pun sebab Aireen nak rasa bebas dari dunia dia sekejap. Lepas ni, mungkin Aireen tak bergurau senda dengan Naufal macam biasa.

"Aireen? Kau ada je kat rumah kan?," tanya Naufal.

"Ada je," jawab Aireen.

Naufal tersenyum nipis. Dah nak dekat sebulan Naufal dan Aireen tak berjumpa. Akhirnya Naufal buat keputusan untuk datang ke rumah Daniel untuk berjumpa dengan Aireen. Kalau dia tak datang sini, memang taklah dia dapat jumpa Aireen.

"Aireen?,"

Aireen yang hanya senyap buat Naufal hairan.

"Bye," tanpa kata lain, terus Aireen tutup talian.

Naufal yang sedang memandu terpinga. Apa yang tak kena ni? Naufal hanya meneruskan pemanduannya sambil berfikir. Aireen ada masalah?

Aireen meletakkan telefon pintarnya di atas meja tepi katil. Kemudian dia keluar dari biliknya.

Aireen turun ke dapur. Jam di dinding ruang makan dikerling.

Pukul tiga lima belas minit.

Aireen masuk ke dalam dapur. Peti sejuk dibuka. Bahan mentah dikeluarkan. Daging ayam yang ingin dimasak untuk makan petang itu dinyahbekukan. Petang ni, Aireen nak masak sup ayam.

Selama sebulan ni, peti sejuk rumah ni asyik penuh. Barangan dapur yang lain juga. Aireen tak tahulah macam mana atau bila Daniel beli. Tapi yang pasti, semua barangan rumah seperti itu tak akan putus.

Aireen tak pernah tanya Daniel apa-apa dan Daniel tak pernah bagitahu apa-apa. Macam mana Daniel tahu nak beli apa pun... entahlah. Mungkin sebab dah biasa duduk seorang diri di luar negara?

Daun sup di keluarkan dari bahagian sayur-sayuran di bahagian bawah peti sejuk. Pemotong juga dicapai dari laci.

Kemudian, kerja memasak Aireen bermula.

Sejam kemudian...

Aireen mengelap tangannya yang baru di basuh dengan tuala kering. Loceng di pintu pagar berbunyi. Aireen menuju ke ruang berdekatan dengan ruang tamu.

Doorbell camera diperiksa. Betullah Naufal. Aireen tak tahu nak buat apa sekarang. Nasib baik waktu yang sama, Daniel baru sahaja menuruni tangga.

"Harraz,"

Daniel menoleh ke arah Aireen yang berada berdekatan dengan ruang tamu. Tanpa kata, Daniel menghampiri.

"Naufal?," soal Daniel.

Aireen hanya mengangguk. Daniel tersenyum lebar dengan kedatangan Naufal. Alat kawalan jauh untuk membuka pintu pagar ditekan. Automatik pagar rumah dua tingkat itu terbuka.

Naufal di luar kembali semula ke dalam keretanya dan kereta dipandu masuk ke dalam. Pagar tertutup semula.

Naufal keluar dari kereta. Pintu utama rumah tersebut dihampiri.
Tanpa sempat Naufal mengetuk pintu, pintu terus dibuka.

My Butterfly Where stories live. Discover now