SELAMAT majlis akad nikah Aireen dengan suami yang jatuh daripada kapal terbang. Tak ada setitik pun perasaan bahagia atau gembira... yang ada cuma lega.
Sekurang-kurangnya Aireen sudah bebas daripada aturan dan telunjuk ibu ayahnya. Namun... sekarang Aireen terikat dengan suaminya pula.
Ramai tetamu menyerbu kedua-dua keluarga untuk menyoal macam-macam. Selepas beberapa penerangan dibuat... kedua-dua belah pihak beredar daripada masjid tersebut. Kedua-dua belah keluarga berkumpul di rumah Encik Nafis.
Di ruang tamu...
Pengantin lelaki sudah naik ke tingkat atas meninggalkan semua yang lain manakala Aireen tercongok di tengah-tengah ruang tamu dengan busana pengantinnya. Aireen tak tahu apa yang perlu dia buat.
"Aireen, pergi naik ke tingkat atas. Kamu kena ikut suami kamu," arah Puan Suhaila dengan nada lembut.
Aireen hanya menunduk kecil dan mengangguk walaupun agak gementar. Aireen melangkah ke tingkat atas. Entah mana satu bilik Daniel pun dia tak tahu. Dah orang tak bagitahu, dia tak tanya lah. Bilik yang berada di sudut paling hujung dihampiri. Di pintu itu ada satu lambang yang bertandakan 'No entry'. Pintu itu Aireen ketuk.
----
Pintu bilik Daniel diketuk dari luar.
Daniel yang sedang berbaring di atas katilnya mendengus marah. Serabut betul bila ada yang mengacaunya pada waktu dia keletihan.
Bunyi ketukan berulang lagi. Aireen masih berdiri statik menghadap pintu bilik Daniel. Namun tiada sahutan mahupun kebenaran untuk masuk daripada suaminya itu. Aireen ketuk sekali lagi.
Kali ni kesabaran Daniel dah melebihi had.
"Damn," Daniel bengang.
Daniel pantang betul kalau orang ketuk pintu biliknya berulang kali walaupun dia tidak menyahut. Dah terang lagikan bersuluh itu tanda dia malas dan tak nak jawab.
"Harraz Daniel," panggil Aireen daripada luar dengan nada perlahan.
Daniel bangun daripada pembaringannya dan menuju ke pintu. Pintu dibuka dengan kasar. Wajah serius ditayang pada Aireen.
"What do you want huh?," soal Daniel dengan malas.
Aireen tak ambil hati dengan riak bosan dan menyampah Daniel padanya. 'Kau fikir aku kisah?,' kalau depan ni Naufal... dah lama ayat tu keluar.
Tapi Aireen yang versi ini takkan pernah luahkan ayat seperti itu pada suami sendiri.
"Ibu saya suruh saya ikut awak naik," jawab Aireen perlahan. Wajahnya menunduk memandang lantai.
Daniel buat derk sahaja dengan ayat Aireen. Pintu biliknya ingin ditutup semula namun cepat-cepat Aireen tahan. Pandangan maut dihadiahkan kepada Aireen.
"What's wrong with you?,'' tanya Daniel hairan.
Adakah anda fikir hanya anda yang tidak menyukai Aireen? Kalau ikutkan hati dan bukannya minda... dah lama Aireen hadiahkan rolling eyes.
"Saya tak berapa mahir berbahasa Inggeris jadi boleh tak awak berbahasa dengan saya dalam Bahasa Melayu? Saya takut saya tak faham," pinta Aireen lembut.
Daniel tersenyum sinis.
"Like I care,"
Aireen tahan sabar. Mujur dia dah mahir kawal reaksi dan perasaan sendiri. Sebenarnya Aireen pura-pura sahaja. Tipulah kalau dia kata dia tak fasih berbahasa Inggeris... cuma Aireen cuba untuk buat Daniel berbahasa Melayu.
![](https://img.wattpad.com/cover/219900234-288-k928231.jpg)
YOU ARE READING
My Butterfly
Storie d'amore[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...