Bab 7

7.9K 405 23
                                    

Q-BUILT International Architecture...

Langkah kemas Daniel tetap menyerlah di lobi syarikat kejuruteraan tersebut. Pekerja-pekerja wanita yang lalu lalang sempat menoleh dua tiga kali ke arah Daniel walaupun dalam keadaan kelam kabut ke sana ke sini.

Daniel tidak menghiraukan langsung pandangan-pandangan tersebut. Daniel langsung tidak terjejas kerana semua perkara itu hanyalah perkara biasa baginya. Even diluar negara juga keadaan yang sama dia lalui. Daniel sampaikan rimas dengan perhatian wanita terhadapnya!

Daniel menuju ke meja penyambut tetamu. Tanda nama penyambut tetamu tersebut dikerling sekilas... 'Ayuni'.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu, encik?," soal Ayuni dengan skema dan sopan.

Daniel mengangguk kecil.

"Pejabat hal ehwal pekerja di tingkat berapa?," tanya Daniel.

Daniel lebih selesa berbahasa Inggeris namun soalan Ayuni dalam Bahasa Melayu membuatkan dia terpaksa menggunakan Bahasa Melayu nya yang sedikit kekok. Daniel berkira-kira... sudah berapa lama dia tidak menggunakan bahasa ibundanya itu. Kali pertama dia menggunakannya selepas bertahun-tahun lamanya ialah ketika menyuruh Aireen keluar daripada biliknya. Sekurang-kurangnya dia berbahasa Melayu walaupun atas sebab tertentu, bukan? Dah Aireen tak faham Bahasa Inggeris... lah sangat.

Selepas penyambut tetamu itu memberikan jawapan kepada pertanyaan Daniel, Daniel terus melangkah pergi.

----

Ruang tamu...

Naufal mengambil majalah di atas meja berdekatan dengan ruang tamu dan menghampiri Aireen yang sedang duduk di sofa daripada belakang. Majalah yang digulung itu digunakan untuk mengetuk kepala Aireen.

"Auch!," Aireen mengaduh sekaligus mengguman sesuatu.

"Haaa... bagitahu mama yang kau mencarut," ugut Naufal geli hati.

"Diamlah. Kau ketuk kepala aku kuat-kuat boleh pula?," jerit Aireen tidak puas hati.

Naufal tersengih. Majalah di tangan Naufal dirampas Aireen. Naufal hanya buat tak kisah lalu mengambil duduk di sofa tunggal di ruang tamu itu. Aireen pula memang tengah duduk di sofa panjang.

"Tak bosan ke do? Duduk rumah sunyi macam ni?," tanya Naufal dengan wajah bosan.

"Mama ada," jawab Aireen malas.

"Orang berusia ni membosankan sikit. Lainlah kalau budak-budak. Aku dah tak sabar ni nak ada anak sedara,"

Majalah yang dipegang Aireen dibalik ke arah Naufal. Dengan cekap, Naufal menyambut. Tidak sempat Naufal nak tayang wajah belagak... bantal kecil sofa pula melayang tepat ke wajahnya!

'Bukk!' kali ni Naufal tak sempat elak. Naufal terus mengaduh  kuat untuk tambah gimik sakit yang kononnya 'I am gonna die'. Aireen tak layaklah sketsa darjah satu Naufal.

"Nanti ada yang mati kena penyepak kang," kata Aireen dengan nada garang.

Naufal tergelak. Tidak lama kemudian, riak wajah Naufal bertukar. Datang dah mood serius Naufal.

"Nanti aku cuba cakap pada Daniel. Yang penting, kau jangan rela ikut dia. Jangan walaupun terpaksa!," pesan Naufal serius sekali dengan nada risau.

Aireen angkat kening. Naufal baling bantal yang dibaling Aireen tadi balik kepada Aireen.

"Apa angkat-angkat kening. Kau ingat kau Ziana Zain? Aku serius... dia main-main pula," bebel Naufal geram.

"Ha. Ha. Ye," balas Aireen nak tak nak.

My Butterfly Where stories live. Discover now