Bab 45 - THE END -

17.6K 542 43
                                    

Aireen mencebik kecil.

"Harraz,"

"Tanak!,"

Daniel tersenyum memujuk. Lengan Aireen ditarik.

"Sayang...," Daniel mengusap pipi Aireen dengan lembut.

Aireen menunduk. Kalah dengan pandangan hangat Daniel. "Yalah. Tapi janji--," Aireen pandang Daniel penuh mengharap.

Daniel mengangguk cuba menyakinkan.

"Ya... Ya. Abang ada dengan sayang. Setiap saat. Okay? Jumpa mereka ya," pujuk Daniel dengan sehabis baik.

Aireen mengalah dan terpaksa akur. "Okay,"

"That's my girl,"

Hidung Aireen dicuit. Aireen hanya tersenyum kecil. Dengan terpaksa aku relakan... Aireen keluar dari dapur. Daniel mengekor dari belakang.

Aireen tidak mengangkat pandangan sampailah di ruang tamu rumahnya itu. Figura Aireen yang ditunggu-tunggu muncul. Memang tetamu mereka hari ni nak sangat jumpa Aireen.

"Aireen,"

Aireen memandang kedua-dua ibu bapanya.

"Ibu... Ayah," sapa Aireen dengan suara seperlahan mungkin.

Daniel faham kalau Aireen kekok. Jadi dia berdehem kecil. "Duduk dulu, sayang,"

Aireen hanya akur. Daniel ditarik duduk disebelahnya. Daniel hanya mengikut. Dia dah janji untuk teman Aireen kan.

"Aireen, kami datang sebab nak betulkan semuanya. Biarpun semuanya dah terlambat," kata Encik Firdaus.

"Kami dah sedar semuanya," sambung Puan Suhaila sambil menundukkan pandangan.

Tetapi nasi dah jadi bubur. Jadi...

Jawapannya hanya antara dua.

Bubur itu akan menjadi sedap dengan pelbagai bahan-bahan seperti lobak merah, kentang, dada ayam, dan sayur-sayuran... dan dinikmati dengan nikmat... Ataupun...

Bubur itu dibuang kerana rasanya yang tidak menarik?

Hanya dua.

Jawapan hanya ada pada Aireen.

Pilihan pada Aireen sama ada untuk pulihkan hubungan mereka ataupun tidak.






























_____

Setahun kemudian...

Di hadapan rumah dua tingkat itu...

Wanita itu melajukan langkahnya. Lelaki yang mengejarnya dari belakang tidak dihiraukan. Berkali-kali dia dipanggil... namun langsung dia tak menoleh.

"Sayang! Ammara! Ammara Aireen!," panggil Daniel namun Aireen tetap maju ke hadapan.

Aireen dengan muka tak puas hati masuk ke dalam rumah. Daniel yang mengekor dari belakang tidak dipedulikan. Namun dengan kaki panjang Daniel, sekejap sahaja langkah Aireen dipotong. Daniel menarik tangan Aireen dengan lembut. Daniel terus tayang muka meminta kasihan. Nak pujuk si isteri katakan.

"Sayang," meleret sahaja nada Daniel.

Tangan Aireen dihayun-hayunkan. Manja!

"Janganlah marah," pujuk Daniel.

Aireen elak daripada memandang wajah kacak suaminya itu. Dia tahu kalau dia menatap wajah lelaki itu... automatik dia akan cair.

"I love you,"

My Butterfly Where stories live. Discover now