AIREEN menunduk perlahan. Wajah sayunya disorokkan. Figura Daniel yang sedang melelapkan mata di atas sofa dipandang. Jauhnya jarak mereka kini. Daniel dah tak hiraukan Aireen.
Aireen pula hanya terima. Dia berhak dilayan macam ni. Salah dia. Salah dia sebab buat Daniel salah sangka! Sekarang ni pandangan Daniel padanya dah berubah. Daniel anggap dia perempuan murah yang curang dan permainkan perasaan Daniel! Aireen mula sebak di tangga itu.
Apa perasaan Daniel sekarang? Mesti Daniel terluka teruk. Aireen risau dan takut sebab bukan senang Daniel nak terbuka. Ni dia yang dah masuk... kecewakan pula si Daniel!
Memang dia tak curang tapi... tetap Daniel rasa perasaan dicurangi tu macam mana.Aireen tak boleh bayangkan terlukanya Daniel. Isteri mengandungkan anak lelaki lain? Itu sudut pandangan Daniel. Aireen rasa Daniel dah cukup hebat sebab tak hilang kawalan dan mengamuk pada dia. Tak pun... ceraikan dia. Kalau Aireen... Contoh, Daniel mengandungkan perempuan lain... Hm... Aireen tiada komen.
Aireen melangkah dengan perlahan-lahan masuk ke dalam ruang rehat. Aireen rindu nak berbual mesra dengan Daniel. Daniel yang prihatin dan penyayang dah hilang. Yang tinggal cumalah Daniel yang pendiam.
Aireen menghampiri sofa. Daniel yang tertidur nampak penat. Mana taknya. Selama ni Daniel selalu jaga Aireen. Malam-malam... kalau Aireen teringin nak main air kolam, Daniel tetap menurut walaupun Daniel letih berkerja pada siang hari. Aireen pun tak sangka dalam diri Daniel ada sikap penyabar macam tu. Bila dah makin kenal... barulah Aireen nampak.
Aireen memang ada hobi pelik. Suka main air kolam malam-malam. Daniel dah tahu tabiat pelik Aireen tu tapi sekarang menjadi balik hobi tu. Dulu Daniel hanya memerhati dari jauh. Sekarang ni Daniel tumpang sekaki main air. Percikan air pada satu sama lain. Sejuk tapi tulah... memang pelik mereka ni. Seronok.
Aireen mengambil duduk disebelah Daniel. Perlahan-lahan, Aireen cuba untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi. Wajah kacak Daniel direnung lembut. Rambut depan Daniel yang lebat dan lembut itu jatuh ke dahinya. Aireen kuis huraian rambut itu supaya tidak mengganggu tidur Daniel. Aireen tersenyum. Suaminya sangat kacak dan baik.
Daniel yang dulu sedikit terpesong tapi dengan huluran tangan... lihatlah sekarang. Daniel dah berubah jadi seorang yang jauh lebih baik dari sebelum ni! Daniel dah berubah dan diri sebenar dia mula terserlah.
Rupa-rupanya Daniel seorang lelaki yang sangat baik. Selama ni semuanya tersorok. Aireen sangat istimewa kerana dapat lihat semua ni.
Aireen menyentuh lembut kening Daniel dengan jarinya. Aireen tersenyum. Boleh tahan lebat kening Daniel. Dah lah terbentuk cantik. Cemburu Aireen. Aireen mula rasa loya tekak semula. Tanpa berlengah, Aireen berlari ke dapur dan menuju ke singki.
Paip air dibuka. Tekaknya perit. Perut dia mual. Boleh tahan teruk morning sickness dia ni. Aireen mula bersandar pada kabinet dapur dengan lemah. Nampaknya kandungan dia hanya ada dia. Memang tak lah Daniel nak kisahkan pasal dia lagi. Tipulah kalau hati dia tak sedih. Sedih sebab kena harungi semua ni tanpa bantuan sesiapa. Tanpa sokongan Daniel.
Aireen meraup mukanya. Perlahan-lahan... esakannya berbunyi. Aireen mengemamkan bibirnya untuk menghalang semua esakannya. Aireen tak nak menangis. Berapa kali sehari perlu dia menangis?
Aireen memukul lembut dada kirinya. Sesak jiwa dia dengan semua ni. Kenapa hidup dia tak boleh bebas dari semua penderitaan? Tak boleh ke dia gembira je? Bila dapat tahu dia mengandung... suami gembira... makin jaga dia dan sayang dia... semua benda gembira. Ibu ayah prihatin dan beri dia kasih sayang dan perhatian yang makin melimpah. Tak boleh ke kisah dia macam itu saja?
Kenapa semua perlu macam ni? Aireen rasa dia dah tak larat. Aireen menangis teresak-esak seorang diri. Perlahan-lahan... Aireen melurut jatuh dan terduduk di atas lantai. Aireen bersandar pada kabinet dapur dan dia menekup mukanya. Esakannya pecah di situ.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...