Bab 22

9.2K 540 11
                                    

DANIEL cepat-cepat mengemas kertas-kertas yang terdampar di atas meja mesyuarat.

"Sir, what's with the hurry?," tanya seorang pembantu mesyuarat yang bernama Ravinesh itu.

Daniel menayang riak kosong. "I just... need to go home. ASAP," balas Daniel ringkas.

Ravi tergelak. "Newlywed couple," siapa je tak tahu yang Daniel dah kahwin.

Daniel tidak membalas. Barang-barangan sudah siap dikemaskan. Fail dibawa keluar. Daniel melangkah ke lif.

Tingkap bawah sekali ditekan. Tidak sampai tiga minit, pintu lif terbuka. Daniel melangkah kemas melintasi lobi syarikat itu.

Keluar sahaja dari bangunan gah tersebut, kaki melangkah ke Lexus LC F miliknya. Tadi Daniel naik teksi ke Rachado's Club. Lepas tu dia bawa kereta dia yang dia tinggal semalam. Keselamatan di situ boleh tahan. Jadi tak payah risau sangat pasal kereta dia tu.

Daniel menghidupkan enjin kereta. Bila enjin dan panas, kereta tersebut dipandu menuju ke jalan raya.

Petang tersebut agak mendung dan angin sempoi-sempoi bahasa. Daniel tak nak pun balik awal. Serius.

Tapi kenapa dia balik awal juga? Entah.

Lima belas minit kemudian...

Pintu pagar terbuka secara automatik dan kereta berwarna biru metalik tersebut masuk ke dalam. Kalau Ford Mustang Naufal, mesti dah lama Daniel letak di tengah-tengah alam tapi ni kereta dia. Jadi Daniel parking di dalam garaj.

Daniel buka satu butang kemeja yang dipakainya. Pintu kereta dibuka. Beg kerja dibawa keluar. Daniel berjalan ke arah pintu utama rumahnya itu.

Tanpa perlu Daniel membuka pintu, pintu terus terbuka. Daniel kekalkan wajah bersahaja bila Aireen tersenyum melihatnya.

"Assalamualaikum, Harraz. Wah. Saya ingat awak terus tak nak balik bila saya minta awak balik awal," komen Aireen.

"Bukannya aku nak balik awal. Aku just dah habis mesyuarat and aku tak tahu nak buat apa kat syarikat so aku baliklah," terus balas Daniel.

"Ohh," respon Aireen dengan senyuman comel.

"Baguslah," komen Aireen.

"Apa yang bagusnya?," Daniel tayang wajah serius.

Tangan Aireen yang ingin menyalaminya disambut. Kemudian beg kerja pada tangan Daniel beralih pada Aireen. Mereka berdua melangkah ke ruang tamu.

"Awak penat?," tanya Aireen.

Daniel menggeleng. "Tak,"

Perhatian berterusan yang Aireen berikan menghairankan Daniel tapi Daniel senang dengan semua ni. Bukan selalu dia diberi perhatian macam ni.

Daniel mengambil duduk di sofa. Aireen berlalu ke dapur. Dengan tiba-tiba, terus Daniel rasa kosong. Nasib baik semua perasaan tu hilang bila Aireen muncul semula dengan segelas jus oren.

Jus oren yang disediakan untuknya itu diambil. "Thanks," ujar Daniel.

Aireen mengangguk dan mengambil tempat di sebelah Daniel.

"Jauh sikit tak boleh ke?,"

"I want to keep you close to me. Don't go, Ammara," keluh Daniel.

Aireen berdehem kecil untuk menghilangkan semua memori malam itu.

"Tak nak, boleh?," balas Aireen.

"Suka hati kau lah," Daniel pasrah.

Alat kawalan jauh televisyen diambil dan punat buka ditekan. Siaran yang ada tidak mampu menarik minat Daniel mahupun Aireen.

My Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang