Part 25

9K 470 5
                                        

DAH dua hari Aireen muntah, mual, dan pening kepala. Badan Aireen mula lemah dan tak bermaya.

Daniel menarik tubuh Aireen ke dalam pelukannya. Aireen berbaring di sebelah Daniel di atas katil.

"Pening lagi ke?,"

"Keracunan makanan memang termasuk dengan simptom pening kepala ke?," tanya Daniel polos.

Aireen tersenyum pahit sambil menggeleng. "Mana ada, abang sayang," balas Aireen perlahan.

"Nak pergi klinik? Jomlah ke klinik. Boleh tahu kalau ada apa-apa tak kena ke," Daniel mensyorkan.

Aireen hanya diam. Daniel mengelus lembut rambut halus Aireen. "Sayang, sayang rehat elok-elok dulu. Kalau tak elok juga... kita pergi klinik. Okay?," tawar Daniel.

Aireen terpaksa mengangguk. Daniel tersenyum. Dahi Aireen dikucup perlahan. "Rehat ya. Abang nak pergi sambung buat kerja," Aireen hanya memejamkan matanya.

Daniel turun dari katil dengan perlahan. Aireen yang cuba melelapkan diri dipandang dengan perasaan simpati. Daniel risau kalau keadaan Aireen tak beransur pulih. Daniel harap sangat isterinya ini sihat semula. Daniel berdoa agak semuanya baik-baik sahaja.

Dia menuju ke meja kerja dan mula hanyut dengan dunia sendiri.

Dua jam kemudian...

Aireen terjaga. Matanya digosok perlahan. Kabur. Mamai lagi agaknya. Daniel di meja kerja dipandang. Daniel masih terbuai dengan kerjanya. Aireen dah tak hairan. Daniel memang hantu seni. And here we goes again... Art is sexy, roses.

Daniel menguap kecil. 'Ha tahu pun penat,' komen Aireen.

Aireen mengeliat kecil. "Abang!," panggil Aireen. Daniel menoleh. Mungkin... Aireen saja yang boleh kalahkan minatnya pada lukisan sendiri. Sebab tu Aireen mampu tarik dia dari 'dunia' dia semula. Hanya Aireen.

"Ya?,"

"Lapar," rengek Aireen.

"Jap," terus Daniel bangun dan keluar dari bilik.

Aireen tersenyum. Bahagianya ada suami kacak mengancam dan baik macam Daniel ni!

Siapa nak oder? Preorder tengah buka ni.

Aireen bersandar pada kepala katil. Perlahan-lahan Aireen pegang kawasan di perutnya. Kenapa dia rasa tak sedap hati ya?

Pintu bilik dibuka kembali. "Aik? Cepatnya?," tegur Aireen.

Daniel hanya tersenyum. Untung bila kaki panjang. Jangan cemburu pula. Jalan pun laju je. Naik tangga dua anak tangga sekali gus. Seronok, kan?

Daniel membawa dulang berisi semangkuk bubur dan segelas susu suam. Bubur tu Aireen buat tengah hari tadi. Bukannya Daniel jadi flash laju semacam masak dalam sekelip mata.

Jangan baca flasher sudah.

Aireen memberi ruang untuk Daniel duduk di sebelahnya. Dulang tersebut diletakkan di meja sebelah katil. Daniel elus lembut tangan Aireen. "Jom makan," kata Daniel dengan senyuman.

Aireen hanya mengangguk sambil tersenyum lebar. "Suapkan?,"

"Mestilah, sayang. Awak tu bila je pandai gunakan tangan sendiri? Haih mujur sayang," kalau tak melayang dah. Daniel dengan sinis memang seksi.

Aireen mencebik dengan perlian Daniel. Nak sentap boleh? Malangnya tanpa menunggu respon sentap Aireen, Daniel terus tersenyum lembut.

"Relax. Abang suka manjakan sayang,"

My Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang