Flowera, double update. ;
----
Sebulan kemudian...
Daniel menyarungkan baju t-shirtnya ke badan. Hari ni Daniel tak keluar langsung dari bilik sejak pagi. Lepas mandi, terus Daniel menghadap meja kerjanya.
Di atas mejanya berselerak dengan kertas-kertas contengan dan sebagainya. Lantai berdekatan dengan meja tersebut dipenuhi dengan gumpalan-gumpalan kertas. Tong sampah kecil juga penuh. Fail yang diterimanya dahulu diteliti sekali lagi. Matanya fokus pada setiap penerangan, ukuran, kreatia, dan lain-lain.
Rambutnya tidak disikat kerana masih lembap. Daniel baru selesai mandi. Rambut Daniel jatuh ke dahinya. Sebatang pensel bermata tirus diambil dan mata pensel itu mula berlari-lari di atas permukaan kertas.
Satu garisan panjang diukir. Kemudian beberapa garisan lain pula muncul. Tangan Daniel bagaikan mempunyai kuasa sakti. Setiap pergerakannya dalam membimbing pergerakan pensel akan menghasilkan sesuatu yang nampak berseni dan indah. Pemadam yang bersebelah dengan beberapa batang pensel yang lain dicapai tanpa memandang. Matanya tajam dan fokus pada 'contengannya'.
Pemadam itu bergesel dengan permukaan kertas. Daniel akan mengeluh dan tersenyum setiap kali melukis. Ada juga waktu Daniel serius dan sangat fokus.
Mengancam.
Rambutnya hampir mengacau pandangannya diraup ke belakang. Rambut Daniel yang lembap itu separuh terpacak. Daniel masih fokus pada permukaan kertas.
Tangannya pula langsung tidak kekok. Laju, pantas, dan cekap. Adakalanya Daniel akan berlembut. Seni mampu menyerlahkan sikap terpendam seorang Daniel.
Shading ditambah. Pensel yang Daniel ada banyak jenis. Bermuncung tirus, lebar, ada juga seperti pensel khat, tumpul, mata pensel yang gelap, dan lain-lain. Set melukis untuk profesional memang penuh dengan benda-benda begitu. Pemadam juga ada berbagai-bagai bentuk. Ada yang berbentuk menyerong dan terbahagi kepada dua warna, biru dan putih. Tekstur pemadam dan mata pensel juga berlainan. Itu belum cerita tentang peralatan-peralatan lain. Ini hanya untuk lukisan ringkas. Lukisan awalan.
Ini hanya lukisan dasar. Penelitian dan perkara-perkara lain memakan masa yang lama. Menjadi seorang jurutera bukannya mudah tetapi semua perkerjaan tiada yang mudah.
'Penanam anggur' dikecualikan.
Daniel meletakkan pensel yang dipegangnya dengan perlahan ke atas meja. Daniel memejam mata dan bersandar pada belakang kerusi.
Muse.
Daniel menggeleng. Walaupun dia kekurangan idea sekarang ni... Daniel bukan--
Pintu bilik Daniel diketuk.
Daniel berdehem kecil.
"Just open the door!,"
Pintu biliknya dibuka. Wajah Aireen menerpa pandangan.
"Harraz, makan?," wajah kosong Aireen tertayang.
Daniel kembali semula memandang kertasnya.
"Kau makanlah dulu," tanpa menghiraukan Aireen, Daniel meyambung lukisannya. Daniel berpura-pura fokus.
Aireen tidak membalas apa-apa. Pintu ditutup semula. Bunyi tapak kaki Aireen menjauh. Daniel mencampakkan kasar pensel yang dipegangnya ke atas meja. Pensel tersebut bergolek dan jatuh ke atas lantai. Daniel meraup wajahnya.
Tertekan. Daniel tertekan dengan Aireen. Sikap tenang sebelum ni berubah kepada dingin, beku, dan kosong. Sekarang ni Daniel dah nak mula mengalah dengan Aireen. Aireen dah jadi betul-betul kosong.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...