Bab 10

9.1K 402 15
                                    

2 April 2017...

SEMUA ahli kelas 3 Newton mengembus nafas lega apabila kelas tambahan pada petang itu dibatalkan.

Aiman terus menarik kerusinya dan menghadap meja Aireen. Aireen kelihatan mengantuk.

"Ammara!," panggil Aireen.

Aireen terus terhantukkan kepalanya ke atas meja. "Auch!," terus segar bugar Aireen jadinya. Matanya mencerlung ke arah Aiman. Aiman hanya tersenyum tak bersalah.

"Kau mengantuk sangat eh? Semalam study sampai pukul berapa?," tanya Aiman.

Aireen mengeluh kecil. Bawah matanya jelas lebam.

"Dua setengah pagi," jawapan Aireen mengundang riak tidak puas hati Aiman.

"Janganlah study sampai kesihatan terjejas. Nanti waktu dalam kelas pun boleh jadi tak fokus," nasihat Aiman.

"Kenapa? Kau nak wachaa aku ke? Aku rela kena bebel dengan kau daripada hadap parents aku kalau markah macam benda," rungut Aireen murung kemudian tergelak kecil.

Memang kebiasaannya kalau perkara seperti ini terjadi... Aiman akan mula membebel. Aiman hanya menggeleng perlahan dengan ayat Aireen.

"Nak tahu something tak?," tanya Aiman tiba-tiba.

Aireen tayang wajah pelik. "Apa?,"

Aiman tersenyum kecil. "Happy birthday," ucap Aiman dengan nada lembut.

Aireen tergamam. Hari jadi dia? Aireen sendiri lupa hari jadi sendiri. Dia rasa sangat terharu bila ada orang ingat hari jadinya.
Aiman dipandang dengan perasaan sebak.

Aiman hanya tersenyum kecil.

"3 Newton!," sebut Aiman.

Serentak dengan itu, satu nyanyian lagu hari jadi bergema. Perasaan terharu yang Aireen rasa buatkan dia seperti mahu menangis. Aireen kedip-kedipkan matanya.

My Butterfly Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang