Bab 4

7.9K 417 21
                                    

"By the way, father... I am back! Yayy!," sinis.

Encik Nafis tersenyap. Anak sulungnya ada di Malaysia?

"Kamu... Kamu ada dekat mana? Ma... Malaysia?," tanya Encik Nafis tak sangka.

Soalan Encik Nafis mengundang perhatian Encik Firdaus dan Puan Suhaila. Wajah mereka kelihatan seperti baru saja mendapat harapan baharu.

"Kenapa kamu balik? Bila kamu balik? Kamu kat mana sekarang ni? Berapa lama di Malaysia?," bertubi soalan Encik Nafis.

Ajaib bila anak sulungnya itu pulang ke tanah air. Kalau sebelum ni... Hari raya pun belum tentu nampak batang hidungnya.
Ni tiba-tiba je... Musykil Encik Nafis dibuatnya.

Anak sulung dia ni lain daripada yang lain. Perangainya sangat ketara dengan Naufal. Naufal anak yang sopan dan mendengar kata... Kalau anak sulungnya pula... Nauzubillah.

"Do I need a reason... Or do I need to answer your question?," sekali lagi bunyi ketawa kedengaran.

Setiap tutur kata ayahnya itu bagaikan satu gurauan dan perkara lucu bagi dia. Jadi sebab itu semua jawapan dia main-main. Encik Nafis beristigfar dalam hati--menenangkan diri sendiri.

"Papa ada perkara penting nak kamu buat. Ini serius, Harraz,"
suara Encik Nafis tertekan.

Keputusan yang bakal menghura-harakan tapi Encik Nafis terpaksa. Anak sulungnya perlu menggantikan Naufal! Besar malu yang bakal ditanggung kedua-dua belah pihak jika tempat pengantin lelaki dibiarkan kosong. Masa juga sudah singkat. Waktu yang tok kadi tetapkan hampir tamat.

Lelaki ditalian tersenyum lebar. Seronok bila suara ayahnya kedengaran terdesak.

"Kamu kena datang masjid Ass-Syakirin dekat dengan perumahan Melati sekarang. Papa mohon... Kali ni sahaja, Harraz," rayu Encik Nafis.

Wajah mengharap Encik Firdaus dipandang sayu. Meminta tolong anak sulungnya bagaikan satu perkara yang sia-sia tapi Encik Nafis tetap cuba. Mana tahu hari ini akan berlaku satu kejaiban?

Tanpa sempat Encik Nafis berkata apa-apa, talian diputuskan anaknya itu. Encik Nafis mengeluh perlahan. Macam tak ada harapan... Mustahil anak nya akan menurut. Makin terdesak dia, makin anak sulungnya itu suka.

----

Lelaki itu memutuskan talian.

"Uncle, Ass-Syakirin mosque near Melati whatever," arahnya malas.

Pemandu teksi tersebut mengangguk. Teksi menuju ke destinasi. Dan bagaikan kebetulan takdir, memang kedudukan teksi sekarang ni tidak jauh daripada masjid tersebut.

Tak sampai lima minit, teksi tersebut berhenti di hadapan sebuah masjid besar. Lelaki tersebut menghulurkan sekeping wang ringgit Malaysia yang bernilai seratus ringgit kepada pemandu teksi tersebut.

"Keep the change," kemudian lelaki itu keluar tanpa sebarang kata.

Kolar kemejanya dibetulkan. Langkah dibawa masuk ke dalam masjid tersebut. Dah berapa tahun dia tak menjejakkan kaki ke dalam masjid... Kekok pula. Namun lelaki itu hanya menayang muka selamba.

Bila melihat sahaja suasana riuh rendah di kawasan masjid itu, dia mengerutkan sedikit dahinya. 'What the hell is happening?,'

Dia tetap meneruskan langkahnya. Kejutan apa ni? Baru sahaja dia mendarat di Malaysia dan sekarang ni apa yang bakal dia hadap? Jetlag pun belum hilang. Tak sampai sejam dia tiba di KLIA 2... Dia naik teksi untuk ke apartmen miliknya namun tiba-tiba sahaja dapat panggilan daripada ayah 'tersayang'... Dan sekarang dia menukar destinasi... And here he is. Infront of Masjid Ass-Syakirin.

My Butterfly Where stories live. Discover now