Bab 3

8.3K 434 21
                                    

"BYE, Ammara,"

Suara Aiman bagaikan terngiang-ngiang di fikirannya.  Aireen hanya mampu mengukir senyuman mengiring langkah Aiman yang beredar dari situ. Senyuman kosong yang penuh dengan penderitaan hati.

Ini ialah pengakhiran mereka selepas hampir sepuluh tahun tempoh perkenalan.

Aireen menutup wajahnya dengan telapak tangan. Berharap esakannya tidak pecah.

Aiman yang berada di luar cafe tersebut berhenti melangkah. Dia berdiri statik. Boleh kah kalau dia berpatah balik dan memujuk Aireen yang mereka masih ada peluang bersama? Aiman menunduk. Dia tahu tu bukan apa yang Aireen nak. Mujur dia belum keluarkan cincinnya. Kalau tak... berkali ganda rasa sakit yang mereka rasa.

Aiman tak salahkan Aireen. Aiman tahu Aireen juga terpaksa. Mereka dah kenal hati masing-masing. Aiman beristigfar perlahan. Mungkin ini yang tertulis buat mereka. Hatinya perlu redha.

----

Seminggu kemudian...

Senyum. Senyum Aireen.

Aireen terpaksa teruskan hidup dia seperti biasa. Tiada istilah JK atau frust menonggeng dalam hidup Aireen. Bagi Aireen, dia bersalah. Dia lemah. Dia tak kuat untuk bersuara pada ibu ayahnya.
Jadi dia salah.

Senyum. Pagi ini Aireen terpaksa tersenyum di hadapan ibu bapanya. Rasa perit dan terluka disimpan sendiri. Hari ni dia bakal berjumpa dengan bakal suaminya. Keluarga bakal suaminya akan datang untuk berbincang pasal hal perkahwinan mereka berdua. Aireen hanya mampu tergelak perit dalam hati.

Ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu dipenuhi dengan aura gembira daripada kedua-dua keluarga. Seorang lelaki yang sopan berbaju kemeja hadir bersama Encik Nafis dan Puan Dalily itu duduk berhadapan dengan Aireen.

Suasana dan aura ceria yang ada tak mampu buat Aireen gembira. Perasaan gementar apabila menghadap bakal suami? Heh. Tak ada dalam kamus hidup Aireen.

Aireen hanya rasa kosong dan terima semuanya dengan mudah.

"Satu bulan daripada sekarang,"

"Sempat nak siapkan persiapan akad nikah. Kenduri kita buat selepas itu,"

"Nanti kita...,"

Perbincangan itu sudah tidak mampu dicerna oleh minda Aireen. Aireen hanya duduk tercongok di situ bagai sebuah boneka cantik.

Semua disitu tersenyum setuju dan teruja dengan entah apa yang diperkatakan. Aireen pula hanya beriak tenang. Bakal suami Aireen juga nampaknya tidak membantah.

Apa perasaan Aireen selepas bersua muka dengan bakal sumainya?

Huh. Ingat acah cliche ke terus dari mata jatuh ke hati? Apa yang Aireen rasa hanya satu.

Aireen tak rasa Hafif Naufal ni jodoh dia.

Tolong sikit. Bukannya dia rasa macam tu sebab dia menjodohkan diri dengan Aiman. Cuma dah itu yang dia rasa. Tak tahulah pula kalau sebab Aireen belum boleh buka hatinya pada orang lain.

Dari pandangan jujur Aireen, Naufal kelihatan seperti seorang lelaki yang baik. Naufal nampak sopan, alim, dan taat pada ibu bapanya.

Atleast dia tahu dia takkan kena dera nanti. Fuhh selamat satu kerisauan.

Selepas semua perbincangan selesai, Encik Firdaus dan Encik Nafis menyuruh Aireen dan Naufal berbual-bual sekejap sementara mereka ke ruang dapur untuk makan tengahari bersama.
Airen dan Naufal ditinggalkan di ruang tamu.

Aireen mengeluh kecil. Selama ni keluarga dia mana boleh tengok dia bercakap dengan lelaki walaupun sekejap. Sekarang boleh pula ke? Aireen malaslah.

My Butterfly Where stories live. Discover now