Daniel memangku kepala isterinya yang berlumuran darah. Muka Daniel pucat bagaikan darah turun dari wajahnya.
"Sayang, bangun sayang," rayu Daniel.
"Ammara, wake up!,"
Riuh rendah disekeliling sudah tidak dihirau. Suara orang yang menelefon ambulan dan lain-lain sudah tenggelam dari pendengaran Daniel. Hanya Aireen yang ada dalam fikirannya.
'Kenapa sayang buat macam ni? Kenapa buat abang macam ni?,' soal Daniel sebak.
Kepala Aireen dipangku dengan penuh berhati-hati. Takut pergerakan yang sekecilnya akan menjejaskan lagi keadaan Aireen yang nampak parah.
"Anak kita, sayang," gumam Daniel dengan suara bergetar.
Air mata lelaki ini juga jatuh. Pada hari ini, dua lelaki yang nampak kuat... jadi tersangat lemah. Hanya kerana seorang perempuan bernama Ammara Aireen.
Tak sampai sepuluh minit, bunyi ambulan kedengaran. Masyarakat yang mengelilingi tempat kejadian mula berpecah untuk memberikan laluan kepada para ahli perubatan kecemasan.
Katil beroda untuk mengangkat pesakit dikeluarkan dari belakang ambulan. Aireen diangkat oleh empat orang kaki tangan kecemasan itu dan diletakkan di atas katil itu dengan berhati-hati. Darah Aireen penuh di atas tar. Jubah biru muda Aireen bertukar warna. Merah. Kepala Aireen juga berdarah. Daniel segera mengiringi isterinya itu masuk ke dalam ambulan.
Ambulan tersebut terus berderum laju.
____
"Macam mana dengan isteri saya?," tanya Daniel cemas.
Tangan Aireen digenggam sepanjang perjalanan. Ahli perubatan kecemasan yang berada di dalam ambulan itu menggeleng perlahan.
"Kritikal, encik,"
Daniel tergamam. Ahli perubatan yang ada itu mula melakukan perkara yang budak arkitek seperti Daniel tak berapa nak faham.
Daniel cuba tenangkan diri sendiri. Isteri dia tengah pucat, hilang darah, dan terpejam mata dihadapannya. Daniel rasa separuh nyawa dia bagaikan melayang terbang.Pesanan yang Daniel pernah bagi pada Aireen dahulu terbayang.
"Tolong abang. Tolong jaga diri sayang untuk abang. Kalau sayang tak ingat pasal diri sayang... ingat abang. Ingat abang yang sakit kalau apa-apa jadi pada sayang,"
Daniel memejamkan matanya. Hati dia sakit. Kenapa Aireen buat dia macam ni? Aireen selamatkan Aiman dan sakitkan suami sendiri? Daniel terluka dengan pilihan Aireen. Aireen pilih Aiman dari dia.
Tak. Daniel tak terlalu kecewa dengan perkara itu tapi...
Kenyataan yang Aireen pilih Aiman dari anak mereka... Daniel rasa sakit. Aireen selfish kalau dia pilih Aiman sebab perasaan cinta yang masih bersisa!
Tapi bila berhadapan dengan Aireen yang tercedera seperti ini...
Ya Allah... perasaan risau yang dia alami ini... tak mampu diluahkan. Terlalu... terlalu risau. Macam mana kalau cahaya dan harapan Daniel... tinggalkan dia? Daniel rasa jiwa dia boleh mati!
"Tolong bertahan, sayang," bisik Daniel perlahan di tepi telinga Aireen.
"Encik!,"
Daniel mengangkat pandangan. "Kenapa, doktor?,"
"Kandungan isteri encik...,"
Wajah Daniel berubah. Bahunya jatuh. Ayat seterusnya buat dada Daniel bagaikan di hempap batu besar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...