"MEMANG dia perempuan murah pun," balas Daniel.
Tanpa Naufal mampu kawal, penumbuknya hampir melayang ke wajah kacak abangnya itu. Namun suara Aireen mematikan pergerakannya.
"Saya naik dulu ya," pinta Aireen sekaligus dengan itu dia mencapai beg kerja yang dipegang Daniel.
Daniel keluar rumah kosong tapi bila balik dia bawa beg kerja. Pelik tak? Lagi pelik bila Aireen selamba je walaupun orang... suami sendiri kata dia perempuan murah. Kan?
Aireen melangkah ke arah tangga dan menuju ke tingkat atas sekali--bilik Daniel. Entah kenapa niat Daniel nak sambung bermain dengan Naufal terbantut. Daniel menepuk lembut bahu Naufal.
"Kau kan adik yang baik. Mana boleh tumbuk abang sendiri, right? By the way, aku bosanlah. Kalau kat NZ... banyak aktiviti aku boleh buat. Kalau kat sini? Hm... perempuan tu boleh ke hilangkan bosan aku?," nada Daniel selamba namun bawa maksud yang lain kepada Naufal. Daniel saja je bisik ayat itu ke telinga Naufal dengan nada perlahan. Saja.
Tanpa menunggu balasan Naufal, Daniel naik ke tingkat atas. Sekurang-kurangnya Naufal hampir rentung dengan api kemarahan sendiri.
Daniel terfikir sendiri... Naufal suka Aireen ke? Gaya macam ya tapi tindakan Naufal yang melarikan diri dahulu macam tidak. Daniel tersenyum sendiri. 'It's ok. I will know the answer. Yeah... soon,'
Daniel suka permainan ini. Permainan mempermainkan perasaan semua orang.
----
Naufal yang ditinggalkan Daniel meleraikan genggaman penumbuknya. Dalam hati, dia beristigfar. Naufal cuba bersabar... tapi sampai bila? Sampai bila Daniel akan tetap macam ni?
----
Bilik Daniel...
"Ammara,"
Aireen berpaling serta merta. Nama yang sudah lama tidak didengarinya. Biasanya nama pertama Aireen itu hanya akan disebut oleh Aiman. Aireen terus menjadi rindu. Walaupun begitu, Aireen agak tidak suka dipanggil 'Ammara' oleh orang lain... lebih-lebih lagi Daniel. Ianya hanya akan mengingatkan dia pada Aiman.
Tetapi bila Daniel menyebut namanya, sedikit rasa tidak sangka lahir. Daniel tidak memandang Aireen. Butang baju kemeja dibuka satu persatu. Aireen menundukkan pandangan. Hello... tak nak tengok free hot show ke?
"Yang pasal New Zealand tu... aku menipu je,"
Aireen terus mengangkat kepala. Tidak tangkap maksud Daniel.
"Ha?," respon Aireen tidak faham.
"Stupid," gumam Daniel.
Daniel malas nak terangkan. Sebenarnya Daniel nak cakap yang dia tak maksudkan langsung pasal Aireen perempuan murahan ataupun yang pasal dia ada hubungan terlarang dengan mana-mana perempuan ketika di luar negara. Wajah blur Aireen buat Daniel senang.
Daniel tahu yang diri Aireen sebenar tidak ditunjukkan kepadanya. Daniel tahu Aireen tidak membosankan seperti yang dia sangka. Serba sedikit... Daniel tertarik untuk lihat diri Aireen yang sebenar. Bila topeng ketenangan dan kepatuhan Aireen tercabut... Daniel yakin diri sebenar Aireen akan tertonjol. Dan sekarang wajah blur Aireen adalah cebisan daripada kesan ketiadaan topeng Aireen. Daniel akan hancurkan topeng ketenangan Aireen. Itu azam seorang Harraz Daniel!
Malas melanjutkan topik tadi... Daniel menjawab selamba.
"Aku ni special edition. I am a gay. Just... for your information?,"
Aireen hampir tercengang dengan pengakuan Daniel. Mujur wajahnya sempat dikawal. Daniel pula tetap berwajah tenang walaupun dirinya baru sahaja meletakkan label tiga huruf di dahi sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...