DANIEL pegun.
Setiap perkataan yang baru sahaja Aireen lafazkan umpama menyentakkan hatinya. Kalau bukan Aiman... siapa?
Aireen pandang wajah Daniel sedalam-dalamnya. Daniel nampak keliru dan tergamam dengan apa yang diperkatakannya.
"Apa maksud sayang?," tanya Daniel.
Aireen melepaskan pegangan tangannya pada tangan Daniel. "Bukan Aiman. Abang perlu tahu itu. Ni...," perutnya diusap.
"Tiada kaitan langsung dengan Aiman," Aireen pandang muka Daniel.
Tanpa sebarang penjelasan yang lebih lanjut, Aireen tarik selimut dan mula memejamkan matanya. Daniel masih pegun memikirkan setiap kata-kata Aireen. Maksudnya?
Akhirnya Daniel mengalah dalam memikirkan perkara itu dan menuju ke meja kerja untuk melakukan kerjanya. Aireen pula dah mula hanyut di dalam dunia mimpi.
Permukaan air kolam umpama berkilat apabila cahaya terpancar di permukaannya. Pinggang Aireen dirangkul Daniel. Daniel mengeluh kecil.
"You are just the same. Same as others. Why? But why? Why people didn't look at me? Can't you see, Ammara? I need care. I need your attention. I need you to show yourself to me,"
Memori malam itu. Daniel yang sangat rapuh tanpa segan silu menampakkan sisinya yang kesunyian. Aireen sendiri tidak sangka yang dalam seorang Daniel... rupanya seperti ini. Semua itu membuatkan Aireen kalah pada akalnya.
Daniel yang manja, Daniel yang ikhlas, Daniel yang perlukan belaian.
Aireen jatuh dan mengalah kerana itu. Simpati, kasih sayang, dan... rasa senasib jadi sebab itu Aireen sanggup melepaskan semuanya dan ikut perasaan sendiri.
Sebab itu Aireen tak nak Daniel tahu. Daniel tak boleh tahu kenapa dia tiba-tiba layan Daniel dengan baik. Aireen takut Daniel menjauh kalau Daniel tahu yang dia baik dengan Daniel kerana Aireen nak berkongsi rasa.
Rasa kesunyian mereka.
Aireen juga tak nak Daniel tahu yang Daniel dah buka semua tentang dirinya pada Aireen. Sebab Aireen tak pernah buat macam tu. Ianya tidak adil bukan?
Aireen didukung kemudian Daniel membawa Aireen keluar dari kolam itu. Aireen merangkul leher Daniel. Aireen masih tergamam dengan diri sebenar dan setiap luahan Daniel. Wajah Daniel dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.
Baju Daniel basah dan singlet Aireen juga begitu. Namun kedua-dua mereka tidak terjejas. Daniel tidak memandang Aireen yang berada di dalam dukungannya. Wajah Daniel hanya tenang dalam serius.
Bilik di sebelah dapur dimasuki.
Aireen hanya senyap apabila belakang badannya terhenyak perlahan ke atas permukaan tilam katil yang lembut.

YOU ARE READING
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...