Bab 2

9.4K 440 19
                                    

"IBU dan ayah dah ada calon untuk Reen," kata Puan Suhaila dengan ceria.

Perasaan dan pendapat anaknya itu langsung tidak ditanya. Bukan... Langsung tidak dihirau. Asalkan mereka puas sudah.

"Baik budaknya," puji Encik Firdaus.

Dan saat itu Aireen tahu... Hidupnya bakal bertambah pahit.

"Aireen ok tak ni? Jangan kata tak setuju sudah," kata Encik Firdaus sambil bergurau dalam serius.

"Betul tu,''

Dia tak ada hak untuk bersuara ke? Ohh Aireen lupa yang dia ni tak ada perasaan pun bagi ibu ayah dia.

Aireen yang diam seribu itu membuatkan wajah Encik Firdaus dan Puan Suhaila bertukar kelat. Cepat-cepat Aireen tersenyum tawar.

"Reen terkejut sikit," terang Aireen perlahan.

"Tak perlu terkejut bagailah. Umur macam ni dah sesuai untuk berkahwin. Tak awal sangat dan tak lewat sangat," ujar Encik Firdaus mendatar.

Aireen hanya mengangguk setuju dalam keterpaksaan. Apa je yang boleh dia katakan?

Sampai di rumah...

Dalam bilik Aireen...

"Aku kan boneka. Hidup dalam telunjuk. Perasaan atau apa yang aku nak, orang tak perlu dan tak akan hiraukan," monolog Aireen ketika berehat di dalam biliknya.

Terluka? Hati dia ada lagi ke ruang untuk terluka? Selama ni orang yang cuba mengubat hatinya hanyalah Aiman seorang. Satu-satunya orang yang faham dia, tempat dia luahkan perasaan, dan juga Aimanlah orang yang pesan ada dia supaya bersabar dan redha.

Lusa adalah genap tujuh tahun mereka bercinta. Dari tingkatan dua hingga tiga mereka berkawan... Tingkatan empat mereka mula bercinta... sampailah sekarang. Walaupun mereka berlainan universiti tapi mereka tetap berhubung rapat. Mereka berdua memang sangat akrab. Mereka adalah kekasih dalam satu persahabatan yang kuat.

Kisah cinta mereka sememangnya indah dan sempurna. Esok hari graduasi Aiman pula. Sebenarnya Aireen rancang nak datang ke universiti Aiman, sekali dengan raikan hari ulang tahun mereka yang ke tujuh.

Malangnya semua itu tidak kesampaian apabila Aireen dapat panggilan daripada ibunya pada malam hari.

Pintunya diketuk. Cepat-cepat Aireen menuju ke pintu dan membukanya.

"Ya, ibu?,"

"Esok Aireen free tak?,"

Tak sempat Aireen nak buka mulut, Puan Suhaila terus menyambung.

"Jangan keluar rumah esok. Ada tetamu nak datang. Kawan ibu dan ayah," pesan Puan Suhaila dengan lembut.

Aireen terdiam. Puan Suhaila tersenyum lembut pada anaknya itu lalu beredar dari situ tanpa kata lain.

Aireen tutup semula pintu perlahan-lahan. Aireen bergerak ke katilnya. Dia terduduk lemah. Bila teringatkan Aiman... Dia menghubungi Aiman.

"Aiman, saya nak datang hari graduasi awak tapi ibu saya suruh saya duduk rumah esok," tak ada lah nak buat kejutan untuk Aiman.

Aiman di hujung talian tergelak kecil.

"Hey, salam mana?,'' tegur Aiman dengan nada lembut.

Terus Aireen memberi salam. Aiman menjawab salam tersebut.

"Good girl," puji Aiman mengusik.

"Tak apa. Saya faham," kata Aiman dengan tenang.

Aireen tahu Aiman sedikit kecewa. Dia pun kecewa. Dah lama mereka tak bersua muka. Dah lah Aireen tak bagi Aiman datang hari graduasi mereka. Sebenarnya Aiman berani je nak jumpa ibu ayah Aireen tapi Aireen yang halang.

My Butterfly Where stories live. Discover now