Bab 20

8.8K 375 20
                                    

DANIEL bangun dari tidurnya.

Kepalanya berpusing teruk. Daniel rasa bagaikan dunianya berpusing. Badannya terasa lemah namun Daniel rasa pelik.

Daniel tak ada masa nak fikirkan apa yang jadi semalam. Tekaknya tiba-tiba loga.

Hangover.

Daniel menyelak selimut dan bangun menuju ke dalam bilik air.

"Damn," gumam Daniel perlahan.

Mangkuk tandas di-flush. Kemudian Daniel menghampiri singki. Pili air dibuka. Mukanya dibasahkan dengan air. Wajahnya dicermin dipandang.

Bibirnya luka. Dahi Daniel berkerut kecil. 'What happened?,'

Daniel menyentuh luka di pinggir bibirnya itu dengan lembut.

"Auch,"

Memori malam semalam kabur. Benda terakhir yang Daniel ingat ialah waktu di bar semalam. Dia minum dan... Daniel mula bengang bila dia lupa apa jadi selepas itu. Macam mana dia boleh ada dalam bilik ini pun menjadi tanda tanya.

Daniel membasuh mukanya sekali lagi.

Pagi selepas minum macam benda memang menyeksakan macam ni. Badannya terus rasa lembik. Daniel keluar dari bilik air. Baju t-shirtnya yang terdampar di atas katil dicapai.

Tengik dengan bau minuman keras. Daniel mengeluh. Kalau ikutkan hati, dah lama Daniel sambung tidur. Tapi petang nanti dia ada mesyuarat di pejabat untuk membincangkan kos bahan binaan projek yang direkanya.

Daniel masuk semula ke dalam bilik air. Pili tab mandi dibuka.
Daniel nak segarkan diri dengan berendam.

Daniel bersandar di dalam tab sambil memejamkan matanya.

Tangan wanita itu merangkul lehernya dan nafas mereka bersatu.

Mata Daniel terus tercelik. Automatik dia terkedu.

Bayangan apa yang menjelma di fikirannya ini?

Suasana sejuk tidak dihiraukan. Hanya wajah samar perempuan itu yang diperhatikan. Suasana gelap tidak menjejaskan fokus Daniel.

Daniel menggelengkan perlahan kepalanya.

Kenapa kulitnya yang menyentuh air di dalam tab ini membuatkan dia terbayang suasana yang hampir sama namun perasaan yang jauh beza?

Daniel tidak ambil peduli. Mungkin kepalanya yang pening membuatkan perkara seperti itu masuk ke dalam fikirannya. Daniel memejamkan semula matanya.

Akhirnya, dia tertidur dalam tab mandi itu.

----

Naufal bangun dari tidurnya. Tempat disebelahnya hanya kosong.

"Aireen dah bangun ke?,"

----

Aireen berjalan perlahan-lahan ke bilik air. Pili air di singki dibuka. Wajahnya dibasuh. Aireen tak sanggup nak lihat wajahnya namun tanpa sengaja wajah sendiri dipandang.

Pantulan yang memantulkan imej tersebut menipu. Aireen hanya mampu anggap macam tu.

Aireen anggap perempuan yang nampak kusut di dalam cermin itu bukan dia. Aireen tak nak mengaku wajahnya sekarang kelihatan seperti itu.

Tanpa sebarang reaksi lain, Aireen membuka pili air pancut. Tanpa membuka baju, Aireen masuk ke bawah air sejuk tersebut. Air matanya deras mengalir seiring dengan badannya yang dibasahi air tersebut.

My Butterfly Where stories live. Discover now