Aireen terkaku di situ. Bibir Daniel yang menyentuh bibirnya sangat lembut. Perlahan-lahan... kelopak matanya memberat dan tertutup dengan sendirinya. Aireen terbuai dengan sentuhan Daniel yang mengasyikkan dan lembut.
He's a freaking hot guy and a good... kisser.
Tanpa Aireen dapat kawal dirinya... Aireen membalas dengan lembut. Daniel melepaskan tautan mereka dan memandang tepat ke dalam mata Aireen yang baru sahaja terbuka. Aireen hanya tersenyum kecil. Daniel tergelak. Tangan Aireen dibawa ke lehernya. Tanpa perlu disuruh, Aireen memaut leher Daniel.
Belakang badannya masih tersandar lemah pada dinding. Tanpa kata... Daniel memegang leher Aireen yang bertutup dengan tudung dan mendekatkan wajah mereka dengan satu pergerakan.
And once again.
Kelopak mata Aireen tertutup. Aireen memaut erat leher Daniel sebagai sokongan.
Sekejap. Macam mana situasi diantara mereka boleh jadi panas macam ni?
Daniel tidak memberi langsung peluang untuk Aireen menolak perilakunya. Namun semakin lama... dia mula tidak terkawal dan sentuhan lembut mereka mula bertukar menjadi lebih luar kawalan. Aireen menolak dada Daniel. Cuba mendapatkan udara. Dadanya berombak kencang sama seperti Daniel. Dia perlukan oksigen.
Daniel terpaksa menjarakkan sedikit wajah mereka. Masing-masing menghirup oksigen. Wajah Aireen merah. Dahi mereka sedikit berpeluh.
Panas.
Aireen memandang Daniel. Automatik pipinya bertambah merah jambu. Bila Aireen nak mengalihkan pandangannya, Daniel memegang dahu Aireen supaya menghadapnya.
"I miss you too... damn much,"
Aireen hanya diam tanpa membalas. Matanya terkedip perlahan. Aireen tak tahu kenapa dia tak tahu nak balas apa; jadi dia hanya diam. Hanya memandang Daniel dengan mata bundar. Masih terkesan dengan perilaku mereka tadi.
Daniel mengeluh kecil tetapi riak wajahnya yang sentiasa kosong berbelas minit sebelumnya bertukar lembut. Daniel mengucup lembut dahi Aireen. Kemudian dia tersenyum nipis.
"Am I that good... that make you speechless?," tanya Daniel.
Aireen sedikit terpinga. Daniel tergelak.
"Come here, honey," Daniel merangkul pinggang Aireen dan menariknya ke dalam satu pelukan erat.
Aireen memberi respon. Tangannya yang berlingkar di leher Daniel semakin selesa.
Perlahan-lahan... satu senyuman manis terukir di bibir Aireen."I can't hate you, baby girl," gumam Daniel ditepi telinga Aireen; yang dilitup oleh tudung.
Daniel meletakkan dagunya di atas kepala Aireen dengan lembut. Dia selesa dalam keadaan begini. Kalaulah masa tidak bergerak. Rasa warm sahaja bila berada dekat dengan Aireen.
"Lagipun sayang, sayang tak salah. Sayang cuba selamatkan manusia lain. Abang cuba faham,"
Aireen mula diserang rasa bersalah semula.
"Tapi sayang tak fikir hazard perbuatan sayang pada diri sendiri dan... baby," Aireen menarik leher Daniel bila Daniel mahu menjauh dan menghadapnya.Aireen tak nak Daniel lihat dirinya yang mahu mengalirkan air mata itu. Aireen sebak bila rasa kehilangan itu datang semula. Anak dia... Anak yang dia kandung selama tujuh bulan. Walaupun belum lahir, Aireen dah dapat rasakan hubungan dia dan anaknya itu. Naluri keibuan Aireen terluka. Kerana dia... Anaknya... tiada dalam dakapannya kini.
Daniel mahu menatap wajah Aireen namun Aireen mengeratkan pautannya. Dia tak nak Daniel menghadapnya. Aireen mahu kekal dalam posisi itu.
"Sayang,"
YOU ARE READING
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...