Part 29

8.7K 536 21
                                    

DANIEL masuk ke dalam rumahnya. Daniel mengerutkan dahinya apabila pintu utama rumah terbuka. Daniel melangkah pantas ke ruang tamu. Tiada sesiapa.

Daniel mula rasa tak sedap hati. Adakah dia akan lalui sesuatu yang cliche? Masuk rumah sendiri nampak isteri dengan lelaki lain? Berdebar Daniel.

Daniel takut. Daniel pergi ke dapur. Kosong.
Daniel nak naik ke tingkat atas tapi langkahnya terhenti di sekerat jalan. Daniel menoleh ke ruang masuk ruang rehat. Daniel melangkah.

Daniel tergamam bila figura isterinya yang terbaring di atas lantai. Dengan kalut Aireen diterpa.

"Ammara!,"

Tanpa berlengah, Aireen diangkat dan digendong. Daniel terus membawa Aireen keluar.

Pintu kereta dibuka. Aireen diletakkan di tempat duduk belakang. Nadi Aireen diperiksa. Agak lemah. Wajah Daniel serius. Daniel terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

Pedal minyak ditekan. Hal lain dah tak kira. Penat sebab baru balik kerja pun dah tak terasa. Daniel risaukan keadaan Aireen.

Aireen pun satu. Tak pandai jaga diri! Daniel mula rasa geram. Kereta dibelok masuk ke dalam perkarangan hospital. Ambil kau. Hospital terus. Tak mainlah klinik-klinik ni.

Daniel mendukung Aireen dengan gaya bridal style. Wajahnya serius tanpa senyuman. Hei mana sempat nak senyum dalam keadaan macam ni. Daniel lajukan langkahnya.

Nasib kaki panjang.

Unit kecemasan dimasuki. Segera beberapa orang jururawat datang sambil membawa katil beroda. Aireen diletakkan ke atas katil tersebut. Daniel mengiringi Aireen.

Apabila Aireen dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan untuk pemeriksaan, Daniel diminta tunggu di luar. Daniel terpaksa akur walaupun Daniel rasa nak teman Aireen. Daniel sedang risau.

'Macam mana kalau Ammara...,' semua fikiran buruk cuma dilupuskan. Daniel beristigfar perlahan. Daniel cuba tenangkan diri sendiri.

Haih. Balik kerja je dah dapat kejutan macam ni!

Tak sampai empat puluh minit kemudian... seorang doktor keluar.

Daniel terus menegakkan badannya. Dia dah tak bersandar di dinding macam tadi. Doktor tersebut hanya tersenyum nipis.

"Isteri encik cuma penat. Badannya sangat letih dan perlukan banyak rehat. Saya harap encik tumpukan lebih perhatian padanya. Alhamdulillah... kandungannya baik-baik sahaja. Ada apa-apa yang encik nak tanya?,''

"Kandungan isteri saya...," Daniel jeda.

"...dah berapa bulan?," sambung Daniel.

"Nak masuk tiga bulan. Saya nasihatkan perkara ni tak berulang lagi. Awal kandungan sangat perlu dipantau. Kesihatan, pemakanan, dan gaya hidup perlu diteliti. Kalau ibu mengandung terlalu penat atau tertekan... kandungannya boleh terjejas. Perkara yang paling buruk ialah... keguguran. Jadi sebagai seorang doktor, saya nasihatkan encik untuk jaga kesihatan fizikal dan mental isteri encik," pesan doktor itu dengan senyuman lembut.

Daniel mengangguk. Entah kenapa dia rasa tertampar. "Baiklah. Terima kasih, doktor,"

"Pesakit kena tahan wad untuk dua tiga jam sebab nak masukkan air. Lepas keadaan dia dah okay. Pesakit boleh terus check out. Encik perlu daftar dekat kaunter ya lepas ni,"

Daniel hanya mengangguk faham. Doktor itu pun beredar lepas beri kebenaran pada Daniel untuk masuk ke dalam wad biasa; wad dimana Aireen dipindahkan.

Daniel menghampiri katil. Wajah lelap Aireen direnung. Kerusi sebelah katil ditarik dan diduduki. Daniel menongkat dagu.

"Kau ni kan," Daniel mengeluh kecil. Tangan Aireen yang dicucuk dengan jarum yang mengalirkan air dibetulkan kedudukan supaya Aireen lebih selesa. Tangan sebelah lagi digenggam lembut dan dikucup.

My Butterfly Where stories live. Discover now