AIREEN terkedu.
Daniel tersenyum senget. Berjaya!
Kali ni Daniel yakin ketenangan Aireen akan hilang. Mungkin Aireen mengamuk atau nangis. Hanya dua pilihan itu saja yang Aireen ada.Daniel buat macam ni sebab dia nak Aireen jadi diri sendiri dan tak berpura-pura lagi. Daniel nakkan Aireen yang sebenar. Dan walau apapun caranya, Daniel akan tetap dapatkan apa yang dia nak.
Cara yang boleh Daniel fikirkan ialah memainkan perasaan Aireen. Aireen manusia... mesti rasa bengang kalau dipermainkan.
"Oh ok," tanpa berlengah, Aireen tarik semula tangan dia dan bangun. Kemudian Aireen keluar dari bilik itu... meninggalkan Daniel yang tergamam.
... Lainlah kalau Aireen ni robot.
Pertama kali Daniel jumpa orang yang dia tak mampu nak mainkan. Daniel bengang dan sakit hati. Tercabar. Kalau dulu sebab Daniel nak tahu siapa sebenarnya Aireen, kalau sekarang... sebab Daniel nak kembalikan pride dia yang tercalar.
"Just wait and see. I will make you... Either sad or mad!," nekad Daniel. Benci dia orang macam Aireen ni. Macam alien.
Tak apa Daniel... nanti bila dah pindah, peluang lagi banyak.
----
Aireen mengetap bibirnya dengan kuat. Sakitnya perasaan dia sekarang ni. Perasaan bukan sesuatu yang boleh dibuat main.
Dia juga manusia! Kenapa hati dia akan sentiasa sakit macam ni?
Dulu sebab keluarga dia... sekarang sebab Daniel? 'Memang aku ni tak boleh rasa gembira sikit? Sikit pun tak boleh?,' soal Aireen di dalam hati. Aireen sedih. Dia bukannya benda untuk dipermainkan sebagai bahan hiburan untuk Daniel. Bila dipermainkan begitu, sakit... sakit sangat. Mujur Aireen tak terlalu bersyukur sewaktu Daniel ujarkan segala-galanya kalau tak... Aireen malu dengan diri sendiri. Dia rasa dia bodoh! Bodoh kerana hati dia hampir terpedaya dengan seorang yang penuh dengan helah seperti Daniel!
Aireen beristigfar di dalam hati. Aireen harap dirinya mampu kekal tenang. Aireen tahu dia kena berperangai baik di sini. Aireen harap dia tak hilang sabar.
Marah seorang yang memendam adalah berbahaya.
Aireen tahu dia masih boleh bersabar... buat masa ni.
----
Petang...
Telefonnya yang berbunyi diangkat. Daniel membalas sapaan lelaki di dalam talian.
"Is everything finished?," tanya Daniel.
Pengurus jual beli rumah itu membalas.
"Ya sudah. Kontrak beli rumah saja yang perlu ditanda,"
Daniel rasa lega. Selesai sudah satu lagi kerja. Makin cepatlah mereka pindah.
Daniel turun ke tingkat bawah. Aireen yang sedang berborak mesra dengan Naufal ditegur.
"Ammara, nanti kau kemas pakaian. Lusa dah nak pindah,"
Aireen hanya mengangguk tanpa menyoal dengan lebih teliti.
"Kau beli rumah kat mana, Dan?," tanya Naufal.
Daniel menoleh ke arah Naufal.
"Dekat dengan sini. Perumahan Anggun Breeze," jawab Daniel.
Boleh tahan lah juga kawasan tu. Rumah cantik-cantik, bebas daripada kes-kes jenayah, dan paling penting... ada pemandangan yang sangat cantik. Daniel berminat dengan jenis kawasan macam tu untuk menginap.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...