"Saya nak ucapkan selamat tinggal,"
Aireen hanya terdiam. Wajah Aiman dipandang lembut. "Aiman Azhad, saya tetap sayangkan awak. Dari dulu sampai sekarang. Perasaan tu tetap sama,"
Wajah Aiman mula berubah. Aireen tersenyum hambar dan menyambung.
"Ianya tetap benda yang sama. Saya sayangkan awak sebagai seorang kawan, abang, dan keluarga saya. Awak seorang yang penting dalam hidup saya, Aiman,"
Kawan. Abang. Dan keluarga. Lelaki? Apa perasaan Aireen pada Aiman sebagai lelaki?
"Tetap dan selamanya,"
Aiman nampak tergamam. Aireen menundukkan pandangannya.
"Sekarang baru saya tahu. Selama ni... saya anggap saya cintakan awak. Saya fikir awak cinta pertama saya. Tapi sebenarnya... ianya salah,"
Aiman cuba hentikan luahan Aireen namun Aireen mengangkat semula pandangannya dan memandang tepat pada wajah Aiman.
"Saya keliru. Saya sayangkan awak tetapi semuanya bukan... cinta. Saya tersalah dari dulu lagi. Disebabkan hanya awak yang ada dalam hidup saya waktu tu... perhatian saya semua pada awak. Awak bangunkan saya. Awak sayang saya. Jadi automatik fikiran saya waktu tu, awak cinta pertama saya. Ianya hanya anggapan dari seorang budak mentah yang baru tingkatan tiga. Angan-angan saya adalah awak cinta pertama saya,"
"Imaginasi saya untuk dapatkan cinta pertama yang sempurna yang membuatkan saya tersalah anggap perasaan saya pada awak,"
... sebab Harraz Daniel, adalah lelaki pertama yang dia cinta sebagai lelaki. Bukannya kawan. Daniel bukan orang yang dia boleh anggap sebagai kawan. Tak. Sebab dia cintakan Daniel.
Aiman, dia sayang sebagai kawan, keluarga dia.
Aiman terdiam.
"Ammara. Ammara Aireen...," perlahan sahaja suara Aiman.
"Saya sayangkan awak lebih dari tu!,"
"Saya betul-betul cin--," Aiman menggeleng kepala dengan kecewa.
"Ammara, macam mana dengan saya? Perasaan saya ni mampu ke hilang? Awak bagitahu saya! Rupanya selama ni... awak tak--," Aiman mengeluh berat.
Hati dia sakit. Jiwa dia merintih. Apa semua ni? Kenapa dia rasa dikhianati sangat-sangat? Aireen kejam sebab beri dia semua rasa palsu ini. Aiman tahu ini tak adil untuknya. Dia terluka. Sangat terluka.
Aireen menunduk. "Saya minta maaf, Aiman!,"
"Tolong maafkan saya," rayu Aireen.
Dia tahu dia bersalah. Aireen rasa bersalah. Tapi semua itu kenyataan. Kenapalah dia baru sedar sekarang? Oh Aireen tahu. Ini sebab... baru sekarang dia tahu apa itu perasaan cinta yang sebenar. Jadi baru dia tahu yang rupa-rupanya perasaannya pada Aiman bukan cinta. Aireen rasa bersalah.
Semua ni tak adil buat Aiman.Apatah lagi apabila perasaan Aiman pada dia adalah ikhlas dan benar.
Aireen rasa dia kejam pada satu-satunya orang yang dia sayang sangat-sangat. Sayang sebagai kawan baik, abang, dan keluarga.
Aiman meraup mukanya.
"Ammara Aireen, awak kejam pada saya. Awak sedar tak?," lemah sahaja suara Aiman menyoal.
Aireen menggeleng laju. "Saya tahu! Saya sedar! Aiman, saya minta maaf! Tolonglah. Tolong maafkan saya!," pinta Aireen terdesak.
Air matanya mula mengalir. Esakannya pecah bila Aiman menunduk.
"Saya tak mampu. Saya tetap cin--," ayat Aiman terhenti.
Aiman memandang ke satu arah. Jauh dari mereka berdua, Daniel sedang ke hulur ke hilir mencari kelibat isterinya ini. Aiman tersenyum kelat. Ini semua ketentuan-Nya. Aiman cuba redhakan diri walaupun berkali-kali dia menyoal... 'Mampu ke dia?'.
"Ammara, kita cuba boleh harap yang masa... boleh pulihkan saya," dengan ayat itu, Aiman mengundurkan langkahnya. Wajah Aireen dipandang tanpa senyuman. Terluka. Macam mana dia nak tersenyum? Pedih! Hanya dia faham rasa ini. Sakit. Sakit, ya Allah.
Aiman berpusing dan mengatur langkah ke jalan raya. Dia nak menyeberangi jalan untuk kembali ke cafe yang Aireen dan Daniel pergi tadi. Keretanya diparking di luar cafe tersebut. Aiman tak sanggup nak hadap Aireen lagi. Sakit.
Aireen yang melihat belakang Aiman mula meninggalkannya sudah tidak keruan.
"Aiman!," jerit Aireen. Pandangan pelik orang yang lalu lalang di situ sudah tidak dihiraukan.
"Tolong jangan buat saya macam ni. Saya sayangkan awak, Aiman!," jerit Aireen.
Dia takut. Dia tak nak hilang seseorang macam Aiman. Dia sayangkan Aiman. Aiman umpama keluarga dia. Orang terpenting dalam hidup dia. Kalau Aiman buang dia, Aireen rasa sedih macam nak mati. Aiman...
"Maafkan saya, Aiman Azhad!," kaki Aireen mula berlari anak.
Aiman didepan cuba dikejar. Selagi kemaafan belum dia dapat, selagi tu hati Aireen tak tenang.
Aiman melajukan langkahnya. Aiman tak boleh menghadap Aireen ketika ini. Aiman malu dan kecewa dengan diri sendiri. Dia melintasi jalan itu tanpa berfikir panjang. Nasib baik kereta tidak banyak.
Aireen yang sedar Aiman semakin jauh menambah kelajuannya. "Aiman, tunggu!," jerit Aireen.
Air mata dah lama meleleh. Pipi Aireen dah basah dengan air mata. Aireen dah tak ingat dirinya yang sarat mengandung.
Apa difikiran Aireen ketika itu... hari ni juga kemaafan Aiman perlu dia dapat.
Dan tanpa mereka jangka...
Secara tidak diduga...
Tiba-tiba sahaja...
Sebuah kereta yang dipandu laju muncul. Kereta tersebut terus membrek dengan mengejut apabila melihat ada orang di tengah jalan. Bunyi hon bergema kuat. Malangnya, brek ditekan terlalu lambat. Kereta itu tetap berjalan... dan menuju tepat ke arah figura di tengah jalan itu.
Apabila melihat kereta itu menderum laju ke arahnya, Aiman terus terkaku dan statik di tengah jalan itu. Blank. Mindanya tidak boleh berfikir apa-apa dan matanya automatik terpejam erat.
Nafas Aiman terhenti kerana terlalu terkejut dan gerun. Aiman memejamkan mata, bersedia menerima apa sahaja yang bakal terjadi. Terasa bagaikan jantung terkeluar dari rangka.
Aiman hanya menunggu saat itu.
Satu saat.
Dua saat.
Namun, belakang bajunya bagaikan ditarik kuat dengan satu daya. Aiman tertolak dan jatuh terduduk di atas jalan tar tersebut! Terhentak kuat dia di atas tar keras. Boleh tahan sakit. Namun selain dari itu, Aiman tidak rasa apa-apa. Perlahan-lahan, Aiman membuka matanya.
Dan...
Tiga saat.
Dunia bagaikan terhenti.
Boom! Dush!
Kereta tersebut melanggar figura itu. Semua kereta disitu menekan hon kuat. Terkejut dengan situasi ini. Kemalangan berlaku di depan mata!
Dan Aiman... Nyawa Aiman bagaikan melayang walaupun dirinya masih tidak tercedera. Aiman terkaku. Tangannya mengigil.
Matanya mula kabur.
Satu saat. Dua saat. Tiga saat.
Air mata lelaki itu mengalir perlahan.
Ya Allah...
_____
Apa ni, Uthor?
Q/A:
1.
2.
3.
Ready? Nak end dh ni. Tanya lah pape. Stay tuned, roses! Hoyeah

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...