Bab 14

7.8K 384 11
                                    

Q-BUILT Architecture International...

Hari ni Daniel datang ke pejabatnya kerana pengurus besar syarikat kejuruteraan itu meminta Daniel untuk berjumpanya secara peribadi.

Petang itu, Daniel naik ke tingkat kedua teratas bangunan tersebut.
Meja setiausaha Tuan Ahmad Nabawi dihampiri. Daniel disapa dengan gaya profesional.

"Selamat pagi. Apa yang saya boleh bantu?," tanya Mei Luo dengan sopan.

Walaupun hanya setiausaha dan bukannya penyambut tetamu, tetapi tetap Mei Lin melayan orang lain seperti itu. Daniel menjawab sapaan Mei Luo kemudian terus kepada tujuan.

"I'm Harraz Daniel, Razz the architect from NZ. Tuan Ahmad Nabawi want to meet me personally,"

"Ohh... I see. Wait a sec. I will inform boss right now," interkom yang berada di atas mejanya ditekan kemudian dua tiga ayat disebut.

Mei Luo pandang semula Daniel.
"You may get inside,"

Daniel mengangguk dan berlalu ke pintu bilik pejabat yang bertulis dengan gah nama pengurus kanan syarikat tersebut.

Tuan Ahmad Nabawi.

Daniel terus masuk tanpa mengetuk dulu. Dah tahu dia nak masuk. jadi buat apa nak ketuk lagi?

"Harraz Daniel as known as Razz," sapa Tuan Ahmad Nabawi dengan mesra sebaik sahaja Daniel melangkah masuk.

Daniel hanya tersenyum kosong lalu mengambil duduk di kerusi berhadapan dengan meja Tuan Ahmad Nabawi itu tanpa dipelawa.

"Jadi betullah seorang Raz yang terkenal berpindah ke sini. Macam tak percaya pun ada. Yang penting, saya sangat berbesar hati menerima kesudian kamu untuk Q-Built. Walaupun agak hairan mengapa kamu pulang ke Malaysia... tetapi tidak mengapa. Saya harap kamu akan mengemilangkan lagi Q-Built. Selamat datang!," ucap Tuan Ahmad Nabawi.

Daniel mengangguk. "Mari saya ke tujuan utama," wajah Tuan Ahmad Nabawi itu mula serius.

"Saya panggil kamu ke sini secara personal kerana saya ingin menyerahkan satu projek baharu Q-Built kepada kamu. Q-Built dapat projek ni pun terima kasih kepada kehadiran kamu. Sekejap sahaja berita pasal kamu muncul,"

"What project?," tanya Daniel.

Tuan Ahmad Nabawi tersenyum lembut.

"Projek perumahan baharu dekat dengan taman lapang di tepi bandar Melati. Semua maklumat terperincil dan yang kamu perlukan ada dalam fail ini," satu fail dari laci meja dikeluarkan san diserahkan kepada Daniel.

Daniel menyambutnya tanpa membelek-belek terlebih dulu. Nanti dekat rumah jelah.

"Saya harap satu lagi rekaan hebat Razz akan terlahir.... dan kali ni Q-Built akan dapat menumpang nama. Semoga berjaya,"

Ayat itu hanya mendapat anggukan ringkas daripada Daniel. Tanpa berlengah atau dilengahkan... Daniel pulang. Daniel tak sabar nak kaji fail yang baru dia dapat ini. Daniel dah lama tak menconteng. Tak sabar pula. Lagipun ini ialah projek pertama Daniel di Malaysia. Teruja? Sikitt lah.

----

Daniel berhenti di sebuah kedai kereta mewah.

Daniel masuk ke dalam kedai tersebut.

Kereta-kereta keluaran terbaru tahun ini ditayang untuk jualan.
Sebaik sahaja Daniel masuk, dia disambut mesra oleh jurujual yang ada.

"Hi, can I help you? Are you interested to buy a car?,"

My Butterfly Where stories live. Discover now