Aireen menarik tangan Daniel. Daniel hanya merelakan diri dengan terpaksa. Kalau boleh jadi jeli... dah lama Daniel jadi. Lemah je langkah dia masuk ke dalam booth tangkap gambar itu.
"Kenangan!," tegas Aireen.
Daniel tayang muka malas. "Eish,"
"Yalah," tapi apa pun, dia hanya akur.
Mereka berdua berdiri tegak di hadapan kamera. Aireen tersenyum manis manakala Daniel dengan wajah kosong.
'Click!'
Gambar mereka berdua terakam. Gambar yang mereka tangkap itu diproses terus menjadi sekeping gambar. Jurukamera itu menghulurkan beberapa keping gambar itu kepada mereka. "Terima kasih," ucap Aireen sambil tersenyum manis.
"Sama-sama," tak sempat jurukanera itu mahu membalas senyuman Aireen.
"Dah. Dah. Jom," ajak Daniel seraya menarik terus tangan Aireen untuk beredar. Aireen hanya mencebik sambil tersenyum.
Satu meja panjang yang dipenuhi dengan pelbagai pencuci mulut dituju.
"Nampak sedap! Sayang mengidam nak makan cheesecake tulah," kata Aireen dengan manja.
Daniel memeluk bahu isterinya itu. "Nak abang ambilkan ke?,"
Aireen menggeleng. "Tak apa lah. Biar sayang je ambil sendiri. Abang tolong tunggu kat tempat duduk ya,"
Daniel hanya mengangguk dan Aireen pergi untuk mengambil piring.
__
Daniel menarik kerusi untuk Aireen duduk. Aireen tersenyum tanda terima kasih.
"Ni untuk abang,"
Sepiring potongan kek coklat diletakkan di hadapan Daniel. Daniel memandang kek itu dengan pandangan serba salah. "Sayang...,"
"Abang... tak boleh makan,"
Aireen terangkat kening. Perutnya diusap perlahan. Sudu dipegang untuk memotong potongan kek kejunya itu kepada potongan kecil untuk disuap.
Daniel mengeluh kecil. "Abang diet. Kalau abang makan satu potongan kek ni... abang kena spend lebih masa dekat gim,"
Aireen terdiam tanpa komen. 'Aku tak fahamlah lelaki seorang ni. Hmm... aku dah makin bulat... dia maintain je tough,' Aireen mula rasa insecure. Sedih lah macam ni.
"Tiba-tiba sayang rasa tak ada mood nak makan kek ni," ujar Aireen perlahan.
Daniel menarik nafas panjang. Sudu kecil di tepi piring keknya dicapai. Sesudu kecil kek coklat itu disuap ke mulut. Aireen pandang perilaku Daniel dengan senyuman yang mula muncul semula. Daniel membalas senyuman Aireen dengan senyuman separuh hati.
"Dah... Makan. Kesian baby nak makan kek ni," kata Daniel.
Aireen tersenyum. "Sayang abang!,"
Bukan senang nak buat Daniel makan manisan seperti itu tau!
Tiba-tiba kemeriahan dan riuh rendah dewan ini mula beransur senyap. Daniel tidak menoleh untuk ambil tahu manakala Aireen sudah tertanya-tanya. Kenapa jadi senyap ni?
"Ada apa ni?," bisik Aireen kepada Daniel.
Sempat Aireen tangkap bisikan orang-orang yang lalu berdekatan dengan meja makan itu.
"Wah tak sangka pemilik hotel ni turun padang dan berbesar hati nak jenguk kita,"
"Dia datang tengok sebab dia dengar macam meriah,"
"Pemilik hotel ni saudara sebelah sepupu ipar belah ibu tiri nenek aku tau,"

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...