Bab 26

8.3K 529 20
                                    

"ASSALAMUALAIKUM,"

Aireen membuka pintu. Figura ibu bapa serta kakaknya menyerpa pandangan. Aireen hanya tersenyum nipis sambil menjawab salam itu dengan perlahan.

Daniel di sebelah Aireen hanya berwajah kosong. Aireen menyalami keluarganya. Aireen memberi isyarat pada Daniel. Daniel hanya akur dan turut menyalami mereka.

"Masuklah, ibu ayah," pelawa Daniel.

Encik Firdaus, Puan Suhaila, dan Aisha masuk ke ruang tamu rumah dua tingkat itu. Mereka berlima mengambil duduk di atas sofa.

"Ibu ayah apa khabar?," tanya Aireen.

Encik Firdaus hanya mengangguk. "Alhamdulillah sihat,"

"Kamu baru nak tanya? Kenapa kamu tak telefon langsung ibu ayah kamu ni?,'' tanya Puan Suhaila dengan lembut.

Aireen menyorakkan senyuman kelatnya. Daniel kerling Aireen yang duduk di hadapannya. Daniel tahu Aireen tak selesa.
Tapi Daniel tak tahu nak tolong macam mana. Dia pun tengah kekok dan tak tahu nak cakap apa. Keluarga sebenar macam ni ke? Daniel rasa keluarga dia pun tak macam ni. Kalau dia memang sinis tapi tak kekok. Papa mama dia pun okay. Bagus. Baru sekarang rasa bersyukur sebab dapat Encik Nafis dan Puan Dalily sebagai ibu ayah.

Daniel berdehem kecil.

"Ammara ada masak makanan untuk tengah hari," kata Daniel.

"Jom makan,"

Aisha terus mengangguk laju. Dia pun kekok tapi... nasiblah. Aisha dah masak. Dia dan adik-beradik pernah alami benda sama.

Keluarga yang nampak sempurna tapi sebenarnya... tiada kemesraan sebenar.

Encik Firdaus mengangguk. "Rindu ayah dengan anak ayah ni. Dah lama tak makan masakan Aireen," komen Encik Firdaus.

Aireen hanya tersenyum.

Mereka semua menuju ke ruang makan. Aireen mempelawa mereka duduk sementara Aisha menemaninya di dapur untuk menghidangkan lauk.

Di dapur...

"Aireen, Aireen bahagia tak kahwin?,'' tanya Aisha prihatin.

Aireen hanya mengangguk. Kira macam tugas ke-kakak-an Aisha dah habis bila dia tanya soalan macam tu. Bagi Aireen jelah. Sebenarnya Aisha prihatin betul-betul.

"Baguslah kalau macam tu," lega hati Aisha. Aisha tahu macam mana hidup adik bongsu dia ni. Jadi Aisha lega bila Aireen dah bebas.

Dia tak ada masalah sangat. Keluarga mereka lebih menekan Aireen. Aireen kan anak kesayangan. Tak semestinya jadi anak kesayangan ni asyik dimanjakan saja ya.

"Kak Aisha, tolong pegang kejap," Aireen tiba-tiba kalut. Tekaknya loya semula. Mangkuk yang berisi nasi itu diserahkan kepada Aisha. Kemudian Aireen terus berlari ke bilik air sebelah dapur.

"Bluerk," tak ada apa-apa yang keluar sangat pun. Tekak Aireen mula perit. Aireen kembali semula ke dapur dengan langkah lemah. Aireen tarik nafas panjang-panjang. Aisha menayangkan wajah risau.

"Aireen ok tak ni?,"

Aireen hanya mengangguk lemah sambil tersenyum hambar. Aisha masih nampak risau. "Aireen baru lepas demam," tipu Aireen.

"Ohh. Patutlah," mudah sahaja Aisha percaya.

Aireen tak selalu berinteraksi dengan keluarganya jadi Aisha bukan tahu pun tabiat atau cara Aireen kalau dia menipu. Jadi... dengan mudah Aisha percaya kata-kata Aireen. Keadaan Aireen bila demam pun kakak dia tak tahu. Dia hanya akan tidur dan tidur. Macamlah ibu ayah dia tahu. Tak perlu simpati. Bila dah biasa... dah tak rasa apa-apa.

My Butterfly Where stories live. Discover now