Dewan itu dihiasi cantik dengan pelbagai hiasan. Satu meja yang panjang pula dipenuhi dengan pelbagai jenis pencuci mulut. Terdapat kek, kek cawan, puding, macaron, dan lain-lain.
Pemandangan ini seperti syurga bagi pengemar makanan manis dan cantik. Di kawasan dewan yang lain pula, hidangan seperti mi, spagetti, nasi minyak, dan makanan berat yang lain-lain.
Dewan itu luas dan besar. Ianya dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia yang datang dari jauh untuk berkumpul di majlis ini. Di atas pentas nun di sana...
"Mr. Razz will tell you the details," pengacara majlis itu memaklumkan.
Seorang lelaki yang segak berkot lengkap berdiri dari tempat duduk khasnya. Bunyi tepukan gemuruh bergema ke seluruh dewan itu.
Lelaki itu membetulkan ikatan tali lehernya sambil melangkah penuh karisma naik ke tangga kecil pentas. Di bibirnya tersungging senyuman kosong untuk semua.
Pengacara majlis itu tersenyum manis dan menghulurkan microphone kepadanya. Lelaki itu menyambutnya dengan tenang. Tumpuan semua hadirin mula berpusat pada arkitek muda itu.
"Good evening, ladies and gentleman," ucap seorang Harraz Daniel dengan bersahaja.
Semua hadirin mula teruja. Majlis pelancaran satu projek terbaharu Q-BUILT International Architecture ini memang dipenuhi oleh pelbagai bangsa dari berbagai negara. Seni baharu yang akan dipersembahkan oleh arkitek terkenal ini memang ditunggu-tunggu dan diletakkan harapan tinggi. Semua yang terlibat dalam bidang ini mahupun tidak... teruja.
"On this historical day, I will present to you... my new design," dengan ayat itu, tepukan gemuruh dihadiahkan.
Bising dewan itu jadinya. Gamat dengan tepukan dan bisikan-bisikan tertanya-tanya daripada semua. Macam mana rupa reka bentuk yang bakal disengani ini? Adakah lembut dan indah ataupun garang dan kuat?
Hanya seorang sahaja yang tahu. Dan ianya adalah pereka itu sendiri, Razz.Atau dikenali sebagai Harraz Daniel bin Mohd Nafis. Berumur dua puluh tujuh tahun.
Lelaki yang segak berkot itu menghadap skrin besar yang terdapat di atas pentas tersebut.
"This...,"
Satu dewan mula diam menunggu dengan penuh anticipate.
"... is my new masterpiece," dengan itu satu dewan berada dalam keadaan kaku dan takjub.
"Woww," semua yang lain speechless menghayati apa yang mereka lihat.
Satu lukisan grafik yang lengkap dan teliti. Indah. Unik. Pakar dan ahli yang terdapat dalam bidang ini jadi... breahtless.
Speechless. Unexpected and mind-blowing. As expected from this young and wild architect.
Bunyi majlis perasmian mula bergema. Meriah!
Daniel yang berdiri penuh bangga di atas pentas hanya mengukir senyuman nipis yang kosong.
Skrin mula bertukar ke page seterusnya.
"The template that being given right now state all about the imformation about this 'Renaissance'," maklum Daniel.
Beberapa orang yang sopan berpakaian seragam untuk majlis ini mengedarkan template yang diperkatakan. Masing-masing mula asyik membelek-belek template tersebut.
"After you read all of about it... the question and answer session will start. I will answer your question," kata Daniel. Kemudian dia hanya memberi ruang kepada semua hadirin untuk mentafsir karyanya.
YOU ARE READING
My Butterfly
Romans[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...