Bab 13

7.4K 381 34
                                    

"OUR ten minutes start now,"

Aiman tersenyum bila Aireen bagi green light. Mereka pernah cipta 'ten minutes'. Dalam sepuluh minit, mereka akan lupakan semuanya dan fokus pada satu sama lain. Waktu ni juga mereka guna untuk luahkan apa yang ada dalam ceruk hati yang paling dalam mereka. Ianya sangat berguna.

Aiman bersandar santai pada kerusi. Aiman rindu nak berbual sweet and comfortable dengan Aireen. Sekelip mata semua benda yang telah terjadi antara mereka umpama hilang. Yang tinggal hanyalah mereka berdua dalam dunia ciptaan mereka.

"Jadi, awak sambung belajar atau terus kerja?," tanya Aiman.

Wajah Aireen berubah. Dia terpaksa jadi suri rumah kut. Gila tak sedih. Bila Aiman sedar perubahan wajah Aireen sebagai jawapan soalannya... Aiman buka mulut untuk mencarut kecil.

"No swearing, Azhad," tegas nada Aireen.

Aiman tergelak. Sebenarnya Aiman saja je. Aiman tahu Aireen akan tegur dia kalau dia pura-pura nak mencarut. Jadi Aiman cuba nak ubah suasana yang kurang gembira dengan jawapan Aireen tadi dengan cara yang Aireen tak sedar. Aiman tahu Aireen sedih jadi dia nak ubatkan sedikit.

"Love the Azhad sound on your lips," komen Aiman dengan senyuman nakal.

"Stop it," tegur Aireen.

Aireen harap sangat pipinya tidak membahang ketika itu. Aiman tetap suka mengusik dia.

"Bosan tak duduk dalam rumah je?," tanya Aiman.

Aiman tahu soalan itu agak sensitif kerana mampu membawa kepada topik rumah tangga Aireen... tapi Aiman nak tahu. Aiman tahu Aireen tahu yang dia nak tahu.

"Taklah bosan sangat. Sekurang-kurangnya mama, ibu mentua saya ada... dan Naufal pun ada,"

Naufal memang ada saja di rumah. Naufal masih menunggu tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kedoktoran. Waktu Aireen tahu pun dia terkejut. Naufal yang nampak gila-gila ni bakal doktor?
Bolehlah jadi doktor kacak yang meletup.

Aiman hanya diam seketika mendengar jawapan Aireen. Tipulah kalau Aiman tak nak tahu siapa suami Aireen. Tipulah kalau Aiman kata dia tak nak tahu macam mana hubungan Aireen dan suami Aireen. Okay ke? Lelaki tu baik ke? Aireen bahagia ke tak?

Bila dengar jawapan Aireen, Aiman lagi bertambah hairan. Kenapa macam suami Aireen ni tidak wujud dalam konteks hidup Aireen?

Aireen tak nak sebut atau cerita pasal Daniel kalau boleh sebenarnya. Kalau Aiman tahu macam mana perangai Daniel... dan macam mana hubungan mereka... Aireen pejam mata. Entahlah apa yang akan terjadi.

Jadi untuk cegah semua itu...

"Daniel. Harraz Daniel. Itu nama--,"

Aiman terus potong ayat Aireen. Tak sanggup dengan perkataan seterusnya. Hati dia akan terluka dengan lebih teruk.

"Dia seorang lelaki yang baik?," tanya Aiman dengan nada perlahan.

Naufal sendiri yang berdebar untuk menanti jawapan Aireen. Apa yang Aireen akan cakap? Jujur atau tipu?

Aireen tersenyum nipis tanpa memandang mata Aiman. Biasanya Aiman dapat tahu kalau dia menipu tapi kali ni Aireen yakin Aiman tak tahu sebab Aireen tayang muka berkeyakinan walaupun mata Aiman tetap tidak dipandang.

"Daniel baik dan sopan orangnya. Daniel agak sibuk dengan kerja dia tapi dia tetap luangkan masa di rumah bersama mama. Ada masa kami bercakap, dia memang seorang yang sopan santun," cerita Aireen.

Aiman tersenyum kelat. 'Sekurang-kurangnya dia lelaki yang baik dan boleh jaga Ammara. Aku harap... dia mampu bahagiakan Ammara juga,' doa Aiman dalam hati. Tipulah kalau tak cemburu. Tipulah.

My Butterfly Where stories live. Discover now