Bab 24

8.6K 481 26
                                    

DANIEL memandang mata Aireen untuk mencari keikhlasan. Dan... Daniel jumpa apa yang dia cari. Daniel sedikit tergamam.

"Harraz, saya sukakan awak. Jujur saya katakan. Bukan hanya sebab awak suami saya. Saya memang sukakan awak," kata Aireen dengan bersungguh-sungguh. Walaupun nada Aireen begitu namun muka Aireen agak membahang dan nampak malu.

Aireen mencapai semula tangan Daniel. "Tolong saya, Harraz. Tolong benarkan saya pimpin awak," pinta Aireen.

Daniel hanya diam.

----

Dua hari kemudian...

Semalam... Daniel langsung tidak bersua muka dengan Aireen. Bukan. Daniel mengelakkan diri dari Aireen. Aireen pula hanya mampu kecewa.

Lepas malam perbualan mereka itu, Daniel mula jadi agak lain. Aireen terasa tapi Aireen tak salahkan Daniel. Apa yang dia katakan memang ber risiko. Kemungkinan respon baik atau buruk. Dan nampaknya respon yang Aireen dapat kurang baik.

Daniel meraup wajah sendiri. Daniel ke hulu ke hilir di dalam biliknya. Dia dah buntu. Sebenarnya, Daniel kekok dan tak tahu nak cakap apa pada Aireen. Malangnya, Daniel tahu dia kena buat sesuatu. Mesti Aireen fikir dia tak nak layan Aireen. Padahalnya Daniel tak tahu nak buat apa. Daniel memang lemah bak luahkan dengan betul apa yang dia rasa.

Akhirnya, Daniel kuatkan semangat. Nafas panjang ditarik kemudian Daniel pulas tombol pintu. Daniel melangkah ke bilik Aireen yang hanya sekangkang kera dari biliknya. Pintu bilik Aireen diketuk.

Tak perlu tunggu lama, terus pintu itu terbuka. Figura Aireen muncul dengan wajah terpinga. "Harraz?," pelik Aireen bila Daniel berada di depan pintunya. Padahal semalam langsung tidak nampak muka. Atau ayat yang lagi elok... Daniel mengelak dari dia!

Daniel tolak pintu bilik Aireen dengan lebih luas. "Aku nak masuk, boleh?,"

Aireen hanya mengangguk dan membuka ruang untuk Daniel masuk. Kemudian Aireen turut masuk semula ke dalam biliknya. Daniel mengambil duduk di sofa yang ada di dalam bilik tersebut. Aireen pula mengambil duduk di atas katil. Aireen masih blur dengan Daniel yang tiba-tiba sahaja ni.

"Ammara, let's start from zero?,"

Aireen tergamam. Namun tanpa berlengah terus Aireen mengangguk dan tersenyum. "Saya akan jadi diri saya dan awak... Awak kena tunjukkan sisi Harraz Daniel yang tiada sesiapa tahu. Sisi yang penyayang dan santun,"

Daniel tercengang. "Santun?,"

"Shh," balas Aireen sambil tersenyum nakal. "Tenang. Bila saya dah jadi diri sendiri. Siaplah awak!," Aireen tergelak keji.

Daniel hanya tersenyum. Rasa nak cubit pipi Aireen yang tengah tersenyum gembira itu.

"Awak akan jadi seorang Harraz Daniel kesayangan saya! Yay," tambah Aireen.

Daniel hanya menggeleng sambil tergelak. "Baik, cik. Asalkan awak bahagia," balas Daniel ringkas.

Aireen pandang wajah Daniel. "Saya ni romantik orangnya. Jadi saya nak kita tukar nama gelaran!," kata Aireen dengan nada teruja. Ni memang diri Aireen yang sebenar. Bebas dan ceria. Aiman dan Naufal dah cukup kenal dengan perangai Aireen yang ini. Gila-gila tapi comel.

Daniel hanya mengikut. Bila dia dah setuju untuk berubah.. Semuanya dia serahkan kepada Aireen.

"Abang sayang? Euww," Aireen sendiri yang mencadangkan jadi kenapa dia sendiri yang geli?

"Ok. Aku suka," balas Daniel dengan senyuman.

Aireen tak tahu pula senyuman Daniel secantik ini. Terus dia tercair dan terpesona.
"Abang," sebut Aireen perlahan.

My Butterfly Where stories live. Discover now