Part 31

8.3K 497 23
                                    

"KAK Ayien?,"

Azrif, budak kecil berumur lima tahun itu memandang Aireen dengan mata bundarnya. Comel. Azrif juga ada iras abangnya, Aiman.

Aireen terus melutut di hadapan Azrif.

"Azrif buat apa dekat sini? Adik datang dengan siapa?," Aireen sudah biasa menggelarkan Azrif sebagai adiknya.

Azrif nak sambung menangis bila mendengar soalan Aireen namun cepat-cepat Aireen menghalang.

"Adik nak Kak Ayien belanja aiskrim sedap?,''

Azrif tak jadi menangis dan terus mengangguk. Azrif kurang rapat dengan orang lain tapi dia dah kenal Aireen. Jadi dia dah biasa dan selesa dengan Aireen. Daniel berdehem kecil.

"Sayang, siapa ni? Sayang kenal ke?,'' tanya Daniel.

Aireen jeda. Aireen berdiri di sisi Daniel sambil memimpin tangan Azrif. "Ni adik...,"

Tak sempat Aireen nak menjawab. Azrif tarik lembut tangan Aireen. "Kak Ayien, abang suruh adik tunggu tapi sampai sekarang abang tak datang,"

"Lah," 'Datang dengan Aiman rupanya,' detik hati Aireen.

"Lepas tu?,"

"Adik... Hm... Adik carilah abang lepas tu... Lepas tu adik sesat. Kak Ayien, mana abang ni? Kak Ayien panggil lah abang," pujuk Azrif dengan manja. Manja tapi sayu sahaja nadanya.

Aiman selalu lah juga bawa Azrif waktu melepak dengan Aireen, sebab tu Azrif rapat dengan Aireen.

Aireen teragak-agak nak memberi respon. Daniel mengerutkan dahinya. "Adik siapa ni?,"

Nak tak nak Aireen terpaksa jujur. "Adik bongsu... Aiman,"

Daniel terdiam seketika. "Oh," ringkas sahaja respon Daniel. 'Kenapa ada dekat sini pula?,' soal Daniel tak berapa nak senang hati. Daniel bukannya tak suka budak kecil comel ni, Daniel cuma tak suka kehadiran abang budak tu nanti.

Dia tengah syok beromantik dengan Aireen pun tergendala. Kalau ada Aiman, mesti hancur punya mood bahagia dia. Daniel pantang dan sensitif sikit dengan Aiman. Lelaki pertama yang masuk dalam hati Aireen... Daniel sedikit tergugat. Dan... cemburu. Mana tak cemburunya... Aiman dulu wujud dalam hidup Aireen sebelum dia.

"Jom lah cari abang dia," perkataan 'abang' ditekan Daniel.

Aireen mengangguk. "Sini budak," arah Daniel. Azrif memandang Daniel dengan was-was. Lengan baju Aireen digoyangkan. "Kak Ayien, abang ni siapa?," tanya Azrif dengan polos.

Aireen disoal dengan wajah hairan. Aireen mengusap rambut Azrif sambil tersenyum. "Abang ni suami akak," jawab Aireen. Kembang Daniel. Aireen mengaku dia suami tanpa berdalih depan lelaki lain. Bangga lah ni!

"Ha? Suami Kak Ayien? Bukan ke Kak Ayien nak jadi kakak ipar adik nanti?," tanya Azrif dengan wajah keliru. Azrif hairan. Bukan ke dulu abangnya dan Aireen kawan baik? Bukan nanti mereka nak kahwin?

"Er," Aireen tak tahu nak balas apa. Daniel menjeling Azrif. "Mana ada. Awak yang pendek ni je perasan," ejek Daniel.

"Haip," Aireen menegur lembut. Pinggang Daniel dicubit. Daniel buat derk. Selamba tayang muka biasa. Bukannya sakit pun.

"Kak Ayien," panggil Azrif dengan nada berbisik.

"Ya, adik sayang?," tanya Aireen dengan prihatin.

Aireen merendahkan dirinya untuk mendengar bisikan Azrif dengan lebih jelas. "Adik... tak suka abang enchem ni. Dia sombong sebab dia tinggi!," adu Azrif.

Daniel yang terdengar tercengang. Ey budak ni. Aireen tergelak sambil mengerling riak wajah tak puas hati Daniel. Daniel ni dengan budak kecil pun nak cari masalah.

My Butterfly Where stories live. Discover now