Bab 36

10K 397 10
                                    

Daniel melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ammara, awaknya di mana?," jerit Daniel.

Aireen di dalam bilik air mula mengeluh. Here we goes again. Dalam bilik air pun tak senang.

"Sayang, awak jaga anak saya elok-elok ye yang dalam perut tu," laung Daniel lagi.

Daniel menghempas tubuhnya ke atas katil. Lengan dibawa ke bawah leher. Matanya dipejamkan. Setiap hari dia akan tersenyum seorang diri macam sekarang. Kalau teringat pasal Aireen yang mengandungkan anak dia... mesti Daniel rasa gembira sangat-sangat. Dia tak sangka semua ini dan dia rasa bersyukur gila. Tak lupa jugak rasa bersalah sebab tuduh perempuan kesayangannya curang dengan dia padahal dia yang...

"Harraz!,"

Daniel terus terduduk tegak. Daniel terus bangun dan bergegas ke hadapan pintu bilik air. "Sayang okay tak?," tanya Daniel dengan cemas gila.

Aireen di dalam bilik air sudah menaikkan mata ke atas. Cemas Daniel tu macam atap bilik air tu runtuh. Overprotective betul Daniel dua tiga hari ni. Mentang-mentang dah tahu yang ni anak dia. Aireen hanya mampu mencebik.

"Saya okay je lah! Cuma nak minta tolong awak ambil sabun pencuci muka saya kat dalam beg silang saya atas meja," pinta Aireen dari dalam bilik air.

Daniel mengangguk walaupun tahu Aireen tak nampak. Beg silang Aireen yang berada di atas meja kerjanya diambil. Beg tersebut dibuka. Semasa tangan dia sedang mencari apa yang Aireen mahu, dia terpegang beg dompet Aireen. Daniel tersenyum kecil. Comel aje beg kecil tersebut. Warna merah jambu dan dihiasi dengan bunga tulip berwarna biru muda. Daniel mahu menyimpannya semula tetapi beg dompet tersebut terbuka dan menampakkan tempat letak kad-kad dan gambar kecil. Gambar poloroid yang terselit disitu dipandang dengan wajah yang terus berubah riak. Riak tegang.

Gambar Aireen dan Aiman yang tersenyum manis di sebuah cafe.

Daniel menutup semula beg dompet tersebut dan menyumbatnya ke dalam beg silang Aireen itu. Krim pencuci muka diambil.

"Nah," pintu bilik air diketuk.

Muncullah tangan halus Aireen yang basah dengan air itu sahaja. Daniel saja nak mengusik. Krim pencuci muka tersebut dijauhkan dari capaian Aireen. Aireen di dalam bilik air mendengus geram.

"Harraz,"

"Nak ke? Panggil abang dulu. Kalau tak abang tolak pintu ni," Daniel tergelak mengusik.

Aireen yang mula geram guna satu taktik. Taktik yang akan dapat kawal Daniel. "Harraz, awak nak ke saya demam kalau lama-lama dalam bilik air. Haa lepas tu macam mana dengan anak awak dalam rahim saya ni? Tak kesian ke kat dia. Awak nak ke jadi punca?,"

Kesimpulannya, ... Sebab Daniel tak nak bagi krim pencuci muka.

Daniel terus menghulurkan krim itu. "Fine. Just take it," terus Daniel beredar dari situ.

Aireen di dalam bilik air itu tersenyum lucu. 'Abang... Abang...,' Aireen menggeleng kepala.

Rambutnya yang panjang dimasukkan ke bawah air pancut tersebut. Basah rambut panjangnya yang cantik itu. Krim di tangan digunakan untuk mencuci muka.

Aireen tak tahu bila dia boleh tahan pura-pura sakit hati dengan Daniel. Daniel buat dia lemah betul!

____

Tiga hari kemudian...

Daniel menghalang laluan Ilyann.

"Nak apa, Harraz sayang?," tanya Aireen dengan nada lemah.

My Butterfly Where stories live. Discover now