AIREEN tersenyum sepanjang berada di dalam kereta. Daniel disebelah dijeling-jeling. Daniel dah mula rasa tidak selesa.
"Kau jeling aku lagi. Siap. Nanti aku cungkil biji mata kau tu," ugut Daniel.
Aireen tergelak!
"Terima kasih tau," kata Aireen dengan nada gedik.
"Mampus kau lah,"
Daniel malas melayan. Kereta dipandu memasuki tempat letak kereta di aras bawah bangunan pusat beli belah yang besar itu.
Kemudian kereta dimatikan."Kita nak buat apa kat sini?," tanya Aireen.
"Memancing, sayang," jawab Daniel dengan senyuman sinis.
Aireen buat tak dengar. "Awak nak beli apa?,"
"Beli baju,"
"Baju apa,"
"Baju kebal, baju kalis api, baju renang, baju--," jawapan sinis Daniel dipotong.
"Awak nak shopping baju lah ni?,"
"Hm," gumam Daniel mengiakan.
Aireen mencebik. "Baju je pun. Tu pun nak shopping. Aku yang perempuan ni lex je baju berapa helai," gumam Aireen tak puas hati.
Dah lah tak boleh kerja. Kalau tak, boleh Aireen dapatkan duit sendiri. Boleh dia beli belah barang keperluan. Aireen malas ingat cita-cita dia sebab nanti dia mula rasa terkilan dan sedih. Perasaan macam tu seelok-eloknya dielakkan.
"Jom,"
Daniel keluar dari kereta. Aireen hanya mengikut langkah Daniel. Mereka beriringan menuju ke lif untuk masuk ke dalam.
Mereka menuju ke tingkat empat bangunan pusat beli belah itu. Daniel dan Aireen beriringan dengan gaya santai. Tak dekat sangat, tak jauh sangat. Entah nak kata apa bila melihat pasangan itu.
Aireen hanya meninjau-ninjau kosong apa yang ada di tingkat itu. Hampir kesemuanya butik pakaian mewah. Aireen mula bosan bila Daniel tidak menunjukkan tanda-tanda untuk singgah di mana-mana butik.
Tapi Aireen tak merungut. Aireen tak kisah sangat sebab Daniel nampak bersahaja. Daniel macam nak jalan-jalan je pun ada.
"Jom," kata Daniel. Tanpa menunggu Aireen, Daniel terus melangkah ke satu butik di hadapan.
Daniel mempunyai langkah yang agak besar berbanding dari Aireen. Lelaki itu tinggi, Aireen ni pula... bawah paras bahu Daniel. Aireen terpaksa redha dan terus mengejar langkah tubuh tegap Daniel. Mereka berdua memasuki butik pakaian itu.
Daniel hanya melihat pakaian yang ada tanpa reaksi. Aireen hanya mengekor dari belakang.
"Encik, cik, ada apa-apa boleh saya bantu? Jenis pakaian apa yang encik cari?," tanya pekerja butik dengan sopan.
Ayuni tersenyum dengan gaya profesional. Daniel jeda sesaat. "Baju perempuan?,"
Ayuni mengangguk. "Oh.. Pakaian wanita. Mari saya tunjukkan bahagiannya," pelawa Ayuni.
Ayuni mengiring Daniel ke satu bahagian. Aireen mengeluh kecil dan mengekor mereka. "Ada baju tidur, baju t-shirt, baju muslimah, baju panas, dan lain-lain," terang Ayuni.
Daniel mengerling ke arah Aireen di belakangnnya. "Baju t-shirt ringkas tapi selesa untuk di rumah,"
Ayuni mengangguk. "Kalau macam tu... jenis pakaian itu di... bahagian ini," tunjuk Ayuni dengan ibu jari.
Daniel mengangguk faham. Daniel berlalu ke arah itu sambil menarik lengan baju Aireen. Aireen terdorong mengikuti langkah Daniel.
"Nak beli baju untuk perempuan mana ni?," tanya Aireen dengan bosan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Butterfly
Romance[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahw...