Group Lima Lahanat
Romeo Tarian
Gink
Makan mana ini hari?
Joni Peng. Hiburan
Tak tauuuu
Syed Peng. Hiburan
Peragaan jom
Drng bkk kedai corndog bru aku dngr
Razif Tarian
Nk ajar Haydar bole tak?
🥺🥺🥺
Plishhhh
Romeo Tarian
Bawaklah pakwe kau tu
Razif Tarian
Sialnya ddk sblh aku pun nak main mesej jugak
Joni Peng. Hiburan
Oke kowang
Jumpa sane
Aku n Syed lmbt skit kut.
J. B. Williford
Romeo n Razif kata okey
Jadi tengahari itu, kami semua pergilah ke Divisyen Peragaan yakni Divisyen yang kafeteria dia paling sedap. Punya sayangnya Razif kepada Haydar, dia siap orderkan lagi makanan kepada buah hatinya itu. Tak kata Danny tak buat macam tu. Dia buat je. Tapi itulah...
Bagi aku, the thing about Razif and Haydar is dorang completing each other. Razif tak complete tanpa Haydar and vice versa. Even their names complete each other. Also, dorang sekufu. They accept each other wholeheartedly.
Aku dengan Danny, kami dari dua dunia berbeza. Aku dari dunia penuh rendah diri, dia di dunia yang bergemerlapan. Matahari baginya adalah flash lampu kamera.
"Korang, aku nak pergi beli waffle kejap." Aku bersuara kepada mereka.
Aku pergi ke kiosk bernama Hidup Waffle! dan memesan waffle kaya dan peanut butter. Tak lama selepas itu, pesanan aku itupun siap.
Semasa aku hendak beralih, aku terlanggar bahu dengan seseorang membuatkan air botol yang dipegangnya terjatuh. Pantas aku membongkok dan memulangkan semula botol airnya itu. Dan aku terpaku kaki di atas lantai.
"I'm sorry. I jalan tak tengok depan tadi..." Lembut saja suaranya itu. "I'm seriously, sorry."
"It's okay. Saya yang terlanggar Cik tadi."
"God, Tasha, what's wrong with you...?" Aku dengar gadis itu menyumpah dirinya sendiri. "Anyway, you student Divisyen ni ke?"
"No, not really. Cuma I like to eat here with my friends. Kenapa?"
Dia mengeluh berat. "I nak cari office KD actually. Do you know where Gunawan's office?"
"Oh, I think my friend can help. Dia Divisyen Pilihan ni. Jom ikut pergi table kitorang."
Dia hnya tersenyum dan mengikut aku juga. Cantiknya lahai dia ni. Mahu terbeliak biji mata Lima Lahanat nanti tengok dia ni.
"Korang..." Aku memanggil mereka dan sebaik mereka memandang aku dan perempuan tadi, mereka tergamam. "Cik ni nak cari..."
"Tasha!" Haydar bersuara.
"Chec!" Razif pula
"Natascha Ilyanovi Chehovsky!" Joni, of course.
Aku memandang gadis tadi dan nampak yang dia tersipu malu seorang diri.
"Korang, Miss ni nak cari office KD. Joni, kau ada kelas kat sini kan?"
"Office Gunawan eh?" Haydar pula mencelah. Gadis tadi mengangguk. "Oh, kat tingkat tiga, sebelah bilik VIP. Nampak je ada signboard dia kat situ." Haydar tolong jawabkan dan dianggukkan oleh Joni.
"Natalie takde ke, Tasha?" Oh, inilah kakak Natalie tu.
"I pun tak tahu. I dah try call dia tadi but I think battery dia habis probably. Ingatkan kut dia ada kat sini but well, she isn't here." Kemudian dia memandang ke arah aku. "Can you teman me to that office?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
