Turun saja di balai ketibaan, aku sudah nampak Danny sedia menunggu di situ. Mukanya nampak sedikit pucat dan cermin mata hitam tak lekang dari wajahnya. Tapi aku tahu itu dia.
"Sayang!" Aku menyeru nama dia dan aku nampak dia tersenyum.
"Hai..." Suaranya sedikit lemah. Tak sihat kut.
"Dah lama tunggu ke?"
"Baby cakap je flight dah nak gerak, Sayang terus datang sini."
"Laa ya ke? Habis lama jugaklah tunggu ni?"
"Half an hour. Baby dah makan?"
"Belum tapi tak lapar sangatlah. Ni ada Mama bagi kek lapis. Makan kan? Homemade tau ni."
"Apa yang kau bagi, aku makan je."
Dia membawa aku ke parking dan ketika masuk ke dalam kereta, aku nampak dia lebih sugul. Tambahan lagi apabila cermin mata hitamnya dibuka, jelas nampak eyebagnya.
"Sayang..."
"Yes?" Ya, suara dia memang nada orang tak sihat.
"Kau tak sihat eh?"
"Eh, sihat jelah. Kenapa?"
"You don't look like you are sihat."
"Eh taklah. I'm fine."
"Are you sure?"
"Ya, aku okey."
Aku tahu dia tak okey tapi aku tak mahu terlalu mendesak. Takut lebih parah keadaannya nanti.
Sepanjang pemanduan pun, dia langsung tak berbicara dengan aku. Tapi bila aku pegang tangan dia, tak adalah dia memberi sebarang reaksi negatif pun. Cuma mungkin dia sedang kusut memikirkan sesuatu.
"Sayang..."
"Ya?"
"You know I'm here if you are in a mess, right?"
"Jonathan, jangan nosy sangat boleh tak? I've told you I'm okay." Dia marah tapi dia kawal nadanya itu.
"I know. Tapi..."
"Jonathan, enough please? Jangan bagi aku naik angin. You know I'm in a mess then kau better diam je."
"Hello, I'm your boyfriend tau. I deserve to know everything, okay."
"Masalahnya can you let me be the one who tell you that? Aku tengah kusut. Give me a fucking break."
"Danny..."
"Jonathan, please!"
Aku diam terus. Tak mahu terus-menerus mengeruhkan keadaan, aku memilih untuk berdiam.
"Jonathan..." Kali ini, nadanya mengendur sedikit. "I'm sorry. I didn't mean to."
"I know. I'm sorry jugak."
"But still, if I want to share, I'll do it without you don't even have to ask."
"Sorry..."
"Come..." Dia mendepangkan tangannya. "Sandar kat aku."
Aku menurut arahannya itu. Dia mencium dahi aku sesaat sebelum kembali fokus pada pemanduannya.
"Balik rumah aku dulu eh?"
"Okey."
Ada lagi satu yang menarik perhatian aku ketika itu. Aku nampak di leher dan dada atas Danny ada kesan lebam kemerahan. Aku ingin bertanya tapi takut dihamburkan lagi.
"Sayang, nak tanya..."
"Apa dia?"
"Kesan apa ni?" Aku menyentuh lembut lehernya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
