Petang itu, aku mula memilih baju apa yang hendak dipakai. Not saying that aku tak ada baju yang sesuai dipakai tapi aku hendak berjumpa dengan Syahid jadi an impression needs to be made. Sebenarnya aku pun tak faham yang why at this point aku still kena cari cara nak satisfy his requirements. Why would I?
Habis sahaja bersiap, aku terus turun ke perkarangan blok aku. Jam ketika itu menunjukkan lagi setengah jam hendak sebelas malam. Aku panggil Grab dan tak sampai lima minit, Grab pun tiba. Aku sendiri yang katakan pada Syahid yang aku tidak mahu dia menjemput aku di INSEMAS.
Dalam perjalanan, aku mendapat panggilan telefon daripada Danny. Berat hati aku untuk menjawabnya tapi aku gagahkan juga.
"Hello, cutie! How are you doing?"
"Oh, fine je. And you?" Suaraku sedikit bergetar.
"Okey jugak. Tak sabar nak balik esok. Nak jumpa kau."
Aku hanya ketawa. Ketawa yang aku rasa sendiri ianya sangat fake.
"Jonathan, Baby, are you okay? You sound dead there. Ni ada kat mana tu?"
"Oh kat rumah Uncle yang kat Sungai Buloh tu. Jangan risaulah. Aku okey je."
"Betul ke ni? Are you sure? Sorrylah aku tinggal kau."
"It's okay, Sayang. Have fun there tau."
"Baby you buat me risaulah."
"Tak apa. I swear I'm fine."
"Anything call me tau. Take care, my Baby. I love you..."
"Love you too..."
Habis saja panggilan itu, aku pun sampai di depan Les Mecs. Aku dapat nampak betapa judgingnya muka driver Grab itu melihat betapa edgynya tempat yang aku nak singgah ni. Dia ingat aku nak sangat ke datang tempat ni?
Aku melangkah ke dalam kelab malam tersebut dan aku melihat Syahid sedang menari di atas pentas. Masih tarian yang biasa. Tiada aksi buka baju lagi setakat ini.
"JONATHAN!!!" Mandy menjerit dari satu sudut. Dia berlari anak kemudiannya ke arah aku. "Lamanya tak datang! Rindu tau!"
"Hai, Mandy..."
"Syah tak cakap pun you nak datang hari ni. Notty tau Syah ni tak bagitau pun cute boy nak datang." Kemudian dia menarik tangan aku. "Comelah. I bawak you table best sikit."
Aku pun membuntuti Mandy dan duduk di sebuah meja berlatarbelakangkan pentas itu. Jelas nampak Syahid meliuk-liukkan tubuhnya di atas itu. Aku akui, dancing-wise, this guy is unbeatable. Aku memang idolakan bakat dia.
"Syahid tu memang penari tetap sini ke despite being the owner?" Aku bertanya seraya meneguk Coke tin yang dibawakan oleh Mandy.
"Ha'ah. Dulu masa mula-mula dia bukak, dia takde dancer. Dialah yang menari seorang."
"I see..." Kemudian aku terfikir macam mana Syahid boleh kenal Mandy ni. "Macam mana kau boleh kenal Syahid? Kau klien dia ke macam mana?"
"Choiy mulut kau nyah! Aku titik kejap lagi. Macam mana dia boleh ambik meolls kerja eh? Kejap eh meolls try to remember. Haa, dulu meolls jadi MC kat this one club for drag ni. Tapi, payment dia peanuts, sis! Peanuts! Dahlah tu, asyik kena raba je. Tak kuasa sis nak hadap hari-hari jantan gatal tu semua. Cikki pun tak nak dorang ini kan pulak pondan macam meolls ni!"
Seronok pulak aku mendengar mak nyah seorang ni berceloteh.
"So, pendekkan ceritanya, sis, aku pun mengadu kasihlah pada Syah ni. Dia ambiklah aku kerja dengan dia. Dia bayar kat tauke lama aku tu berapa ribu entah, aku tak ingat. Dia bagi aku duduk kat satu apartment ni sampailah aku mampu nak cari rumah sendiri. Dia memang jantan terbaik dunialah, diknon!"
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
