Trigger warning: Rape abuse
Aku keluar dari bilik doktor dan nampak Syahid sudah terlelap di atas sofa menunggu. Jam sudah menunjukkan hampir satu pagi. Aku tidak mengejut dia sebaliknya duduk di sebelah dia yang masih lena itu.
Mujurlah ada dia tadi. Kalau tak, aku pun tak tahu teruk mana aku dikerjakan tadi. Dahlah kat sini pun aku tak tahu kalau-kalau insurans kesihatan aku cover ke tidak. Harapnya coverlah.
"Jonathan Williford!" Jururawat itu memanggil. Aku pun pergi ke kaunter untuk mengambil ubat aku. Ada ubat jugak ke?
Nurse itu briefkan aku dengan ubat apa yang perlu dimakan cumanya ubat makan hanya ada satu saja. Aku pun tak tahu untuk apa. Yang lain hanya untuk dressingkan luka sahaja.
"Semuanya RM120 ya, Encik."
Aku hulurkan kad insurans aku. Dia mengambilnya dan pergi memprosesnya. Kemudian dia kembali dan memulangkan kad itu.
"Declinedlah, Encik. Dah lepas midnight. Encik ada debit card?"
"Ada. Kejap ya."
Aku menyuakannya kad bank aku dan sekali lagi, aku diserang panik. Harap-harapnya kali ini diterimalah. Tak naklah ianya ditolak lagi.
"Declined jugalah, Encik. Sistem tengah reboot kut. Cash tak ada?"
Baru aku hendak menggeleng, seseorang menepuk bahu aku dan menolak aku ke tepi sedikit. Dia menghulurkan tiga keping not RM50 kepada jururawat tadi dan kemudian menggeleng kepala kepada aku.
"Lain kali cakap jelah."
"Mana aku nampak kau tengah tidur tadi."
Dia tersenyum.
Selepas habis di kaunter itu, aku membuntutinya masuk ke dalam kereta. Dia juga memulakan pemanduannya dan fokus pada jalan.
"Nak makan tak?"
"Hmm tak kut. Perut aku sakit lagi kena sepak tadi."
"Balik rumah aku eh. Esok pagi aku hantar kau balik."
"Eh, takpe ke?"
"Kenapa? Aku bukannya ada lesen besar nak call Dash hari-hari. Malulah aku."
"Hmm, takpe kut. Kau dropkan aku mana-mana OYO pun dah okey..."
"Kau seriuslah?! Baru berapa minit tadi card kau tendang sebab system reboot. Ni lagi nak sombong nak duduk OYO bagai. Duduk jelah rumah aku. Bukannya aku nak rogol kau pun. Aku pun fahamlah..." Kemudian dia jeda seketika sebelum menyambung. "Dah, dah. Tidur rumah aku jom."
Aku tak mahu menanya dia sekarang tentang konteks ayatnya tadi. Cukuplah dia sendiri berperang dengan ayatnya yang tadi itu.
Tiba saja di apartmentnya itu, dia menyuruh aku untuk mandi dan tidur di dalam biliknya sementara dia tidur di ruang tamu.
"Kenapa pulak? Kan ni rumah kau. Biarlah aku yang tidur luar."
"Yang sakit kau ke aku? Dah sekarang kau pergi mandi. Then ambil baju aku dalam gerobok tu..."
"Gerobok tu apa?" Seriously apa tu?
"Lupa kau bukan Singaporean. Gerobok tu almari. Pilihlah mana kau nak."
Aku cuba membuka baju aku di hadapannya tapi aku rasa belasahan mamat-mamat tadi tu cukup kuat sampai aku tak mampu nak mengangkat lenganku. Mujur Syahid membantu aku untuk membuka bajuku itu.
"Nanti nak pakai baju nanti panggil aku."
Aku pun masuk ke bilik air dan mandi. Apartmentnya tidaklah segah kondominium RM3 juta Danny tapi it feels more like a home. Cozy and comfy and less luxurious.
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
