Bab 10

1.2K 116 24
                                    

Trigger warning: Chapter ini mungkin akan mengandungi beberapa elemen seperti non-consensual sex. Read at your own risk.
--------------------------

Aku nampak Syahid melambai dari dalam Chevrolet Camarro putihnya. Dia memakai t-shirt putih di dalam dan disarung dengan jaket longgar biru. Syahid adalah Syahid, dia tetap kacak memakai apa sekalipun.

Aku masuk ke dalam keretanya dan cuba menyelesakan dudukku. Dia memulakan pemanduan.

"Okay, mind to tell me where are we going?"

"Still the same answer. Somewhere special."

"Syahid, it's not answering at all."

"Yup, I know." How can someone be so annoying yet adorable in the same time? "Are you scared of me or what?"

"If I'm scared, I wouldn't even be here pun sekarang."

"So you trust me?"

"Well, Razif dengan Romeo know where I'm going so that should be fine." Percaya benarlah aku pada mereka berdua tu. Padahal tadi bukan main beriya masing-masing dok menyakat aku ada boyfriend baru. Anjir!

"If that way, then jomlah."

Taste lagu Syahid is something questionable. Lagu-lagu yang dia dengar semuanya tak ada lirik. By that aku maksudkan, dia banyak dengar OST background song daripada movie. Or dia just simply dengar instrumental je. Macam dalam kereta ni, dia dengar OST Wonder Woman Hans Zimmer tu.

"Dah lama tak balik Sarawak, Jonathan?"

"Masa cuti hari tu jelah. Lain tu sik ada." Mention pasal Sarawak, automatic slang Sarawak aku keluar. "Kau pula tak balik Singapore?"

"Oh, ayah aku ada je kat sini. Dia kerja kat KL ni jugak. Mommy aku yang still kat Singapore."

"Kau dah lama duduk Malaysia?"

"Aku sekolah pun kat sini. Dari kecik dah duduk sinilah kiranya. And considering ayah aku pun Malaysian, so aku pun ikut nationality dia jugaklah."

Aku anggukkan sahaja.

"Kau sejak bila datang Semenanjung?"

"Oh, masa masuk INSEMAS tulah. Sebelum tu ada je datang sini tapi sekejap sajalah dalam seminggu duak macam tu."

Dia mengangguk pula.

Sebelum kami meneruskan perjalanan, kami singgah di sebuah kedai makan Tomyam untuk menjamu selera. And sudah terang lagi bersuluh lagi dispotlightkan (roll credit!), of courselah dia belanja aku makan. Habis makan, kami sambung lagi perjalanan.

Kami kemudiannya tiba di sebatang jalan yang kiri dan kanan penuh dengan bar dan kelab malam yang bergemerlapan dengan lampu. Jam menunjukkan pukul sebelas malam. Aku sudah mula berfikir lain.

"Don't be scared. I know what you're thinking."

Aku tersenyum. Mujur dia memahami maksud di balik senyumanku itu.

Dia parkirkan keretanya itu sebelum kemudian membawa aku memasuki sebuah kelab malam yang bernama Les Mecs au Nuit atau dipanggil Les Mecs saja. Kena tanya Razif kut apa maksud dia.

Masuk saja ke dalam kelab itu, aku dapat merasakan mata aku macam buta sekejap. Lampu neon berbagai warna menusuk mata aku bagaikan jarum.

"So, this is my club that I own myself, Les Mecs."

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now