Aku baling handphone ke katil. Lima kali aku telefon langsung satu pun tidak berjawab olehnya. Melampau betul! Terus ditinggalkannya aku begitu sahaja. Apalah bagus sangat si Sarawak tu?!
Pintu bilik aku diketuk. Kemudiannya ia dibuka oleh abang aku, Airel. Airel memandang handphone aku dan kemudiannya aku.
"Pasal dia lagi ke?"
"Kau tak payah sibuk hal akulah!"
"Apa pulak aku tak payah sibuk hal kau? Kau tu adik aku kut."
"So? Beza tak sampai setahun ada hati nak feeling kau tu abang dengan aku."
"Sombong betul kau eh?! Sedarlah, Aiman! Kau yang buang dia dulu then kau bising nak dia balik buat apa?!"
"Suka hati akulah nak dia balik ke tak! Kau kisah apa kalau aku nak dia ke tak! Kau nak aku ke apa?!"
"Hoi, bodoh! Aku abang kaulah! Buat apa aku nak kau?!"
Malas hendak melayan, aku ambil handphoneku itu dan menelefon Danny sekali lagi. Anjing! Tak masuk jugak.
"Aiman, dahlah tu. Dia tak nak kau dah. Kau dah buang dia dulu, kau nak dia lagi buat apa? Kenapa masa dia dengan Natascha kau tak kisah apa-apa tapi sekarang ni kau beriya nakkan dia balik?!"
"Kau tahu tak siapa yang couple dengan dia tu sekarang?! Budak kampung kau tahu tak?! Budak kampung dapat dengan Danny Aduka! Kau tak rasa ke benda tu mengarut?!"
Airel mengeluh berat sebelum dia duduk di atas katil aku tanpa dijemput. Babilah dia ni!
"Kau tak fikir pulak kenapa dia pilih budak kampung tu instead of kau?"
"Dia tu budak Sarawak, adalah tu benda dia dok tiupkan kat kepala si Danny tu sampai dia tak nak kat aku dah."
Airel eye rolled sebelum bangun meninggalkan aku di dalam bilik. Tapi sebelum dia pergi, sempat dia menyindir.
"Kalau dia pilih orang lain yang lebih inferior daripada kau, bukannya dia yang bodoh. Nampaklah yang kononnya inferior tu lagi rendah daripada kau."
Babi!
Tadi semasa pulang daripada event itu, aku sempat berbual dengan Roy tentang Danny. Dari semasa kami bersama, dia memang sentiasa jadi tempat aku merujuk despite Danny tak suka dia.
"Kau nak apa lagi kat Danny Aduka tu?" Dia bertanya kepada aku semasa kami dalam kereta.
"Naklah! Ikut cakap kaulah dulu yang aku file RO tu kat Danny."
"Kau bodoh eh? Dia pukul kau kan time tu. Aku nak selamatkan kau je."
"Yalah, masalahnya sekarang ni dia dah tak nak aku langsung. Kaulah punya pasal!"
"Ehhhhh (A/N; siapa tengok BL Thai mesti tahu cerita apa ni.) sedap je nak tuduh aku pulak punca."
"Memanglah! Dah tu siapa lagi?"
"Baik sikit! Masa tu dia yang tumbuk kau kan? Sampai lebam-lebam kau dibuatnya masa tu, aku ingat lagi."
Masa tu aku admit Danny memang baran. Baran gila to the point setakat kena simbah air time tengah makan kat public tu benda normal sebenarnya. Memang hari-hari aku makan maki dengan dia.
Tapi walau itu, tak pernah sekalipun aku merasakan cintanya tiada untuk aku waima ramai mereka mengatakan sedemikian. How can you hit someone you love? Itulah yang mereka dok ratibkan pada aku.
Aku pandang cermin dan tatap wajahku berulangkali. Wajah yang pernah memenangi pencarian Wira Remaja beberapa tahun dulu ini memang digilai wanita tapi sayangnya aku tak gilakan wanita langsung.
YOU ARE READING
Spotlight (Razif Haydar 2)
Fiksi Remaja"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...