Keesokkan harinya, aku berkerja semula tanpa mempedulikan latihan Seniors Idol itu. Aku tak cakap aku nak quit lagi tapi dah dua hari aku tak pergi so everyone should get the hint already. Kalau tak, semua bodoh macam periuk.
Syahid ada saja mesej aku bertanyakan tentang apa yang berlaku tapi aku satu pun aku tak balas. Aku nak balas sebenarnya cuma aku tak tahu nak balas dengan apa. Aku tak nak nampak macam aku submissive sangat tapi taklah jugak macam aku ni jenis melawan sangat.
Sebenarnya, aku lebih kepada marah dengan diri sendiri berbanding kepada Syahid atas apa yang berlaku. I could have fight. I could have yell at him. All things I could have done but tak terbuat sebab aku adalah aku dan aku tak berani. Aku lemah. Aku senang dipijak.
"Jonathan, kau nampak tak sihat je aku tengok."
"Eh, okey jelah, Miss. Kenapa?"
"Kau seriuslah? Muka kau tu macam pucat sikit. Kalau tak larat, balik jelah. Aku boleh tolong punch cardkan."
"Eh, saya okey. Sumpah saya okey."
"Ke ada kena-mengena dengan mamat model yang selalu tunggu kau tu?"
"Hisy, Miss ni. Apa kena-mengena pulak dengan dia?"
"Eleh, ingat Miss tak tahu ke yang kau dengan mamat tu ada something? Gaya dia pandang kau masa dia datang sini hari tu pun dah cukup nak yakinkan yang korang memang ada something. Cuma kan..."
"Cuma apa?" Aku yang sedang menyusun cup grande berhenti seketika.
"Aku ni bukanlah bawak mulut tapi aku rasa kau kena tahu jugak kut. Semalam, aku nampak Danny Aduka dengan seorang lelaki masuk sini. Macam intense jugaklah."
Aku terdiam sekejap. Semalam petang dia berjumpa aku di Bukit INSEMAS. Mungkinlah selepas itu.
"Miss cam ke muka lelaki tu? Yang dengan Danny tu?"
"Tak cam sangat sebab dia membelakangkan Miss. Tapi rasanya dia boleh tahan handsome jugaklah."
Mana ada kawan Danny yang tak handsome? Aku ni jelah kut orang yang associated dengan dia yang tak berupa mana. Tapi kalau aku pun ada separuh daripada kekacakan Danny, aku pun akan memilih bulu dalam berkawan. Tapi sayang, muka aku hanya authentic Sarawakian features.
Aku cuba distract diri aku dengan bussing table yang sudah diduduki oleh pelanggan. Sehinggalah sedang aku mengemas sebuah meja, aku didatangi oleh seseorang.
"So, kerja kau lap meja jelah?"
Aku mengangkat muka. Aiman Soul, model biadap Pondan Remaja I mean Wira Remaja dua tahun lepas.
"Hai, Aiman Soul."
"Good, ada manners. I should put this in the survey form."
"Aiman, if it pleases you, can I ask for space to do my work? I don't have the pretty privilege as you have so I have to do all this work to make end meets. So, please?"
"Savage dahlah tu? Biasalah kan, for people your class, you need to have that savagery to survive."
"Yes exactly because kami kena tindas dengan golongan pretty privileged macam korang so now if you don't mind, what do you want?"
Dia ketawa kecil sebelum mendekat dengan badan aku. Kemudian perlahan saja mulutnya didekatkan dengan telingaku.
"Tinggalkan Daniel..." Dia berbisik kepadaku dengan perlahan. "Kau tak layak untuk dia?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Tienerfictie"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
