"And why did you blame me for what you feel towards me? Macam tak best pulak kalau nak salahkan aku seorang je?"
"Aku tak salahkan kau langsung pun, Ayed..." Aku tak mampu nak panggil dia Syahid anymore. Aku tak kuat. "All this time pun, pernah ke aku salahkan kau untuk semua yang jadi kat aku? Tak pernah pun kan?"
"Then kenapa pulak sekarang nak marah aku about what happened to Jonathan? If benda tu tak buat kau marah dulu when it happened to you, then kenapa kau marah kat aku when it's happened to him?" Dia menghirup lagi kopi Yahudi aku itu.
"Sebab dia bukan aku, Ayed. Dan aku tak nak pun kau jadikan dia macam aku."
"Dan kenapa aku kena kisah dengan apa yang kau nak? It's his life, Danny. Let him decide what he wanted to be."
Aku masih tak boleh memandang wajahnya dengan benci. Wajah itu dulu pernah aku puja dan aku dambakan malah aku letakkan dalam setiap doa aku. Dan sekarang untuk membencinya, memang mustahil.
"Kau fikir aku buat ni semua untuk aku ke, Danny? No I'm not. Kau akan berterima kasih pada aku, Jonathan akan berterima kasih pada aku."
"No, he's not."
"Ke sebenarnya kau cemburu I did it with him, just like what I did with Natascha?"
"Ini tak ada kena-mengena dengan aku and Natascha okay!" Aku melemparkan jari telunjuk kepadanya.
"Oh really?"
Jom kita flashback semasa aku mula-mula confess kepadanya.
2016 - Singapore
Aku baru saja habis fashion show di sana. Sejak dua tahun kebelakangan ini, aku tak menang tangan dengan tawaran kerja. Malah, aku di Malaysia adalah tiga, empat hari saja dalam sebulan. Selebihnya habis satu Malaysia aku ronda.
Ada juga pertandingan murahan majalah seperti Wira Remaja memanggil aku untuk audition bagi melariskan lagi pertandingan mereka tapi kau bayangkan kalau aku kalah to some cheap tacky instafamous? Aku dah sign dengan Dior dan Chanel kut, takkan nak masuk pertandingan kelas rendahan macam tu.
Seperti biasa, Syahid being supportive sentiasa ada di setiap fashion show aku. Malah, kalau ada seat lebih, aku sendiri yang akan mengajaknya menemani aku. Macam di Singapura ini, memang tak hairanlah sebab dia pun asalnya Singapura jugak.
Malam itu, aku mengajaknya tidur bersama aku di Hotel Novotel yang memang jadi tempat persinggahan aku setiap kali datang ke Singapura. Dia pula yang asalnya nak pergi ke banglo Mama dia di Dhoby Ghaut membatalkan niatnya itu.
"Hmm Ayed, sebenarnya kan, aku ada benda nak bilang kat kau." Aku membuka kalam sebaik kami masuk ke dalam bilik hotel.
"Kut ya pun, pergilah mandi dulu. Kau ke aku yang nak mandi dulu ni?"
"Aku dulu kut."
Jadi begitulah. Aku masuk ke bilik mandi dulu dan barulah dia pula yang mandi. Semasa dia mandi, mindaku rancak memikirkan apa yang harus aku katakan nanti.
Syahid, aku suka kau.
You are more than just a brother to me.
Syahid, I love you.
Can you be my boyfriend?
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
