Bab 25 (Danny)

1K 124 9
                                    

"Mehlah datang rumah aku malam ni. Kita borak pasal tadi."

Atas dasar hormat pada Gunawan, aku pun pergilah ke rumahnya pada malam itu selepas Maghrib. Rumahnya sebuah kondominium mewah di Kajang dan dia tinggal di situ bersama anak angkatnya, Dino dan kakaknya, Ajeng.

Gunawan kalau tak salah merupakan bekas pelajar INSEMAS yang satu batch dengan arwah Diana Phawsatteep or mungkin satu batch senior. Dan based yang aku dengar dari dia jugak, dia roommate dengan Papa si Razif. Maybe sebab tu kut Krul tu kenal dengan Diana Phawsatteep.

"Minumlah, Danny..." Gunawan menghulurkan aku secawan teh O yang dibru bersama dengan buah pelaga. Minuman Jawa kut? Or anyone can confirm?

"Thanks..." Aku menyambut teh O itu dan sekeping cookies buatan Kak Ajeng. "Sorry pasal tengahari tadi."

"Eh, takde hal apanyalah."

Sebenarnya tengahari tadi itu, aku sengajalah pergi bertandang ke pejabat Gunawan memandangkan sudah lama tak berjumpa dengan dia. Kebetulan pula, dia nak lunch jadi alang-alang, gerak sekali jelah kan. Tak sangka pula jumpa Aiman dengan Jonathan kat situ.

"Aku tak tahu pulak yang Aiman tu still nakkan kau! I thought dia yang filekan RO kat kau dulu?"

"Memanglah. Pasal mulut si Roy tulah, siapa lagi."

"Bukan pasal kau dapat sign dengan Dior ke? Then dia jealous lepas tu ada pulak cerita kau rapat dengan model Brunei, Azwar Safey tu?"

"Kau fikir balik jelah. Takkanlah kerana dua benda tu aku sampai nak buat benda bukan-bukan. Dia yang gaslight aku, percaya sangat si Jawa Totok tu. Sampai sekarang pun aku rasa dia ada je sembang dengan si Jawa Totok tu. Wey faham tak aku serabut dengan Jawa Totok tu?!" Walaupun Gunawan ni pun Jawa jugak, setidaknya dia keturunan Raden.

"Tak habis lagi ke pasal si Roy ni? I mean, benda dah bertahun kan? Apa lagi yang dia tak puas hati? Finn pun dah mati. Apa lagi yang dia tak puas dengan kau adik-beradik?"

"Manalah aku tahu. Dah dia nak dengki sangat." Aku menghembus asap rokok ke udara.

Gunawan menuangkan lagi air ke dalam cawan aku.

"Habis kau dengan budak Sarawak tu memang betullah? I mean, betul dia tu boyfriend kau?"

Aku mengangguk.

"I see. Cute jugak budak tu."

"I know, right." Jonathan is the definition of handsome and comel. Cumanya dia tu terlalu innocent jadi overshadowed dengan Razif.

"Aku pun terfikir jugak. Apa kau suka kat budak Sarawak tu? Bukannya aku judge kau ke apa, sumpah aku tak. Tapi kau tahulah dengan your status tu macam mana, takkan kau nak couple dengan budak macam tu je?"

"Budak macam mana maksud kau?" Soalanku mudah tapi aku tahu waima dia tidak ada jawapan untuk itu. "Apa maksud kau dengan 'budak macam tu je'?"

Gunawan mula berpeluh sejuk mendengar soalan spontanku itu. Lepas aku jongket kening, lagilah dia gelabah.

"Kau janganlah attack aku. Aku tanya je."

"Aku tak fahamlah. Kenapa kalau aku couple dengan dia? Just because I was featured in top fashion exhibition and top magazines, so aku kena couple dengan orang yang macam tu jugak? What nonsense is thatlah?"

"Eeeiii kau ni! Bukan itu maksud akulah. Kisahlah aku dengan siapa kau nak kongkek! Maksud aku, kenapa dia? I mean, what's in him? Apa yang membezakan dia dengan Aiman, Tasha semua?"

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now