Bab 1

2.7K 189 19
                                    

"Minggu depan jadual saya closing lagi ke, Miss Tila?" Aku bertanya kepada Miss Tila yang tengah buat kerja dia di meja berdekatan dengan pintu keluar.

"Ha'ah. Kenapa?"

"Oh, hari apa tu eh? Sebab saya dah start ada training."

"So kau nak ambik weekend je ke sekarang macam mana?"

"Kalau bukan weekend pun, boleh tak nak hari Khamis and Jumaat sekali. At least ada empat hari. Also Jumaat tu kelas saya cancel. Boleh je nak full day shift."

"Kau seriuslah? Penat tau tu."

Aku duduk di hadapannya. "Mok cari duitlah, Kak. Nak beli kasut sukan lagi."

"Kau ni kerja sambil belajar, parents kau tak bising ke, Jonathan?"

Kalau nak diikutkan, keluarga aku sebenarnya tak susah mana pun. Pa owner company nelayan and Ma aku pula cikgu Bahasa Inggeris. Kerja kat kampunglah tapi we are comfortable. Aku saja nak kerja sebab dorang kata dorang hanya support pelajaran aku, not more than that. Dan aku nak beli banyak benda.

"Dorang tak tahu pun sebenarnya, Miss Tila. Tapi saya pun balancekan jugaklah dengan study. Tu yang dorang tak notice pape tu."

"Baguslah kau. Adik Miss tu habis SPM, haramnya. Nak belajar malas. Kerja pun tak nak. Eloklah duduk rumah jadi biawak hidup."

Aku hanya tersenyum. Aku punch out dan mula melangkah ke muka pintu.

"Eh, Jonathan..." Miss Tila memanggil aku kembali. "Mamat handsome tadi ada kat kereta dia. Aku tengok dia dari tadi pandang sini."

"Mamat mana, Miss?"

"Yang kau panggil Sayang tadi tulah. Yang handsome tinggi nak mampos tadi tu."

"Danny Aduka?"

"DIA DANNY ADUKA KE?" Miss Tila ni pun. Kut ya pun, coverlah sikit.

"Ha'ah."

"And dia pandang kau...? Oh my God, Jonathan."

"Whateverlah, Miss. Saya pergi dulu ya."

Aku keluar dari Starbucks tersebut dan pergi ke Maserati Hitam RD1 itu dan mengetuk tingkapnya. Tingkap diturunkan dan orang di dalamnya tersenyum kepada aku.

"Ini ada Classic Donut. Untuk kau." Aku memberikan beg berisi donat itu kepadanya. "Kau tunggu aku ke?"

"Some sort."

"Why?"

"Saja..." Kemudian dia menepuk seat sebelahnya. "Mehlah masuk."

"I thought you told me to not stopping you to go."

Dia mengangguk. "Yes I did but now I'm back for you. Masuklah."

"Kalau tak nak?"

"Then it disappoints me."

"And if it disappoints you?"

"Then I'll be sad."

"So what if you feel sad?"

"You know you don't want to see me being sad."

Aku eye roll sebelum memandang dia yang masih di dalam kereta itu. Aku mula berganjak tapi dia sempat meraih tangan aku.

"Please. At least untuk hantarkan kau balik."

"Aku boleh naik Grablah."

"Grab kan berbayar. Kalau aku hantar kan free je."

"Ya ke free?"

Dia membuat gaya berfikir. "Betul jugak kan. Rugi tu. To think about it, I'm gonna set a payment."

Spotlight (Razif Haydar 2)Where stories live. Discover now