"Syah...." Mommy menjengah dari muka pintu bilik aku. "Free tak?"
"Kenapa, Mommy? Tak busy sangat. Just looking through dance covers."
"Oh ya ke? Ambikkan Sam kat airport kejap lagi. Lagi sejam dia sampai."
"Suruhlah dia balik naik Grab. Jamlah kat Changi tu."
"Tolonglah, Syah. Mommy tengah masak ni?"
Kalau aku tahu yang Samson akan balik ke Singapura juga minggu itu, aku tidak akan balik ke Singapura pada masa yang sama. Malas aku hendak bertentang empat mata dengan kembar aku yang seorang itu.
"Syah, boleh eh?"
"Yalah."
Mommy tahu aku memang sudah lama tidak bertegur dengan Samson tapi dia tetap suruh aku mengambil Samson di airport. Aku tahu dia cuba ingin buatkan kami berbaik but maybe dia patut buat benda tu way before this. Bukannya selepas pisahkan kami berdua ketika kami berusia 10 tahun.
Aku pun bingkas dan sarungkan kardigan saja untuk menutup badanku yang dari tadi hanya bersinglet. Kunci kereta aku ambil dan aku memulakan pemanduan ke sana. Walaupun traffic jam kat ECP dari Bedok ni boleh tahan macam sial, tapi aku gagahkan jugalah diri.
Tiba sahaja di Arrivals Terminal 1, Changi Airport, aku parkir keretaku baik punya port. Selepas itu, aku mendapat panggilan daripada abang kembarku itu.
"Hello, Syah. Mana?"
"Tempat biasa. Kau dah lepas belum?"
"Dah. Aku gerak situlah."
10 minit kemudian aku nampaklah dia dengan bagasinya. Aku berani jamin yang mamat ni sebenarnya cuti dua minggu je tapi disebabkan dia ni anak manja nak mampos dengan Mommy, jadi dia balik sini.
Masuk saja ke dalam kereta, dia membuka kasutnya dan meletakkan kaki elok saja di atas dashboard. Ada je aku berdoa agar airbag tu pecah dan lutut dia menghentam muka dia tu. Lagi elok rasanya.
"Cepatlah drive. Aku penat ni."
Anak babi ni kan? Kenapalah aku mesti keluar dari perut yang sama dengan dia pada masa yang hanya berbeza empat minit?
Perjalanan tak sampai setengah jam tu pun si bodoh ni boleh bantai membuta itu yang buatkan aku lebih naik geram. Kalau aku tahu memang aku suruh dia balik naik MRT je tadi. Bukan susah pun. Tukar stesen sikit je lepas tu turun kat Novena. Anak manja!
Sampai di rumah, dia terus turun kereta dan pergi ke lif meninggalkan aku yang bawakan beg-begnya. Pantek punya jantan!
Masuk rumah, aku terus masuk bilik dan kunci lalu pakai headphone kuat-kuat. Aku tahu ada saja si Samson tu ketuk pintu tapi malaslah aku nak melayan dia tu.
Tapi masa transition between lagu tu, aku dengar lagi pintu diketuk and I'm losing it.
"Kau nak apa?"
Dia tersenyum di muka pintu. "Nak masuk bilik adik sendiri. Tak boleh?"
"Kenapa aku kena bagi pulak?"
"Sebab aku abang kau?"
"Setakat lahir empat minit awal tak payah gerek sangat boleh tak?"
"Garangnya. Orang bilang kalau garang sangat ni, tengah jatuh cinta."
"Takde siapa jatuh cintalah. Kau kenapa pulak sebelum ni tak pernah nak bercakap dengan aku sekali ramah pulak ni?"
Dia menolak aku ke tepi dan melangkah ke dalam bilik aku dan berbaring di atas katil. Mujur dia dah mandi dan tukar baju. Tak mahu aku katil aku melekat badi luar negara.
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Ficção Adolescente"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
