Aku mengetuk pintu bilik Abang Dash dan menunggu dia memanggilku masuk.
"Come in!"
Aku memusingkan tombol pintu dan memberi salam kepadanya. Aku tak sure dia jawab 'waalaikumsalam' atau 'waalaikum' sahaja. Tak salah, member Muslim aku masa sekolah dulu cakap kalau orang bukan Islam beri salam, jawabnya 'waalaikum' sahaja.
Aku nampak name sign dia atas meja. Dashiel Mahakim bin Dato' Musalman. Tak salah aku, mak dia orang Jerman rasanya which explains the name Dashiel. Wife dia pulak TKD Tarian jugak dulu. Imagine both husband and wife pegang the whole Divisyen.
"Duduk, Jonathan. Oh yeah, you want sweet tea or lemon tea?"
"Sweet kut, Bang."
"Okey, kejap." Kemudian dia menelefon seseorang di telefonnya. "Ayu, two sweet tea. Hantar bilik Abang, okey." Dia mematikan panggilan.
"Kak Ayu ada, Bang?" Aku merujuk kepada isterinya.
"Ha'ah ada. Anak-anak semua seronok Pak Su dia datang hari ni. Semua tak pergi sekolah ikut Pak Su pergi Sunway Lagoon."
Aku tersenyum.
Kak Ayu masuk kemudiannya membawa dua cawan teh O dan dihidangkan kepada kami. Aku senyum kepadanya sebelum dia menghilang di sebalik pintu.
"Minum, Jonathan."
"Thanks, Bang."
Kami berdua menghirup air teh suam tersebut. Sedap betul Kak Ayu bancuh teh.
"Jonathan..." Abang Dash memulakan bicara. "Dah berapa lama dengan Danny tu?"
"Mana Abang tahu?"
"Kau bukannya couple dengan orang biasa. Lainlah macam Razif dengan Haydar tu dorang dua-dua orang biasa. Kau tu couple orang dikenali."
"Oh, adalah last sem."
"Hmm, I see. Ni pun semester pun dah nak habis ni. Balik Sarawak tak?"
Aku menggeleng. Sekarang nak dekat hujung tahun. Tiket flight mesti mahal. Malas aku.
"I see. Duduk dengan Uncle Eric ke?"
Aku mengangguk. Memang situ sajalah yang aku pergi. Abang Dash mesti tahu sebab details pelajar mesti ada kat dia.
"Macam nilah. Abang jujur jelah eh? Ada orang bagitau Abang, staff INSEMAS jugak nampak Jonathan kat Les Mecs, kelab malam yang Syahid bukak tu. To be honest, Abang tak sukalah student Abang terlibat benda-benda macam tu. Takut jatuh imej Divisyen."
"So Abang nak saya quit kerja kat situ ke?"
"Kau kerja situ ke? As what? Dancer?"
Aku mengangguk. Stripping is dancing kan?
"Hmm, okey. Tapi itulah. Anggaplah ini cuma teguran abang pada adik. Jujur cakaplah, Abang tak suka sebenarnya kau kerja situ. The reason Abang ambik Syahid ajar korang pun sebab he has the talents, sebab tu Abang tak suka after-rehearsal ni semua. Abang faham korang budak muda. Semua benda korang nak cuba. Tapi Abang tak nak ada Krul-Razif 2.0. dalam Divisyen ni. I saw it once, and I don't want to see the second one."
"What do you mean?"
"It's okay to surround yourself with a new people. Tapi jangan sampai kau hilang diri sendiri. It's strongly not recommended."
Dia menghirup teh O nya sebelum menyambung. "You're dating Danny Aduka honestly is enough giving people multiple perceptions. Cuma when you were seen kat Les Mecs tu, Abang rasa sebagai KD, Abang berhak menegur benda yang Abang rasa salah."
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Fiksi Remaja"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
