Aku hantar Jonathan ke KLIA malam itu dan aku hantar dia sampai ke balai pelepasan. Aku yang uruskan segala check-in dan dia hanya perlu siapkan dirinya sahaja. Sebelum dia pergi, kami sempat meluangkan masa berdua di pintu pelepasan itu.
"Sayang, thank you tau. There's no way I'm gonna be able to repay you all this."
"Don't mention it, okay. Just balik and look after your dad. Benda tu lebih penting sekarang ni."
"Thanks, a lot."
Aku pegang tangannya dan dia berikan aku senyuman. Aku tahu di balik senyuman itu, tersirat seribu kegundahan. Tambahan lagi dengan posisinya sebagai anak sulung, lagilah lagi kusut dia memikirkan.
"Baby... take care eh."
"Ya. Sayang pun take care eh. Jangan naughty-naughty tau."
"Aku naughty dengan kau jelah."
Dia mencuit hidungku. Aku menyambung lagi, "Sampai sana nanti call tau. Ada duit Grab tak?"
"Oh, tak apa. Uncle aku ambik kat airport nanti."
"Betul eh ni? Kalau apa-apa nanti call tau. Aku hantarkan duit ke apa."
"It's okay."
Tapi driven by sense of responsibility, aku tergerak hati untuk mengeluarkan wallet dan tiga keping RM50 aku hulurkan kepada dia.
"Sayang, apa ni?"
"For you kat sana. Mana tahu kalau ada emergency ke."
"Tapi banyaklah ni, Danny."
"Tak apa. Untuk kau."
Aku nampak matanya sudah bergenang. Aku tepuk kepalanya perlahan.
"Dah jangan nangis. Aku balik dulu eh..." Aku merapatkan mukaku dengan telinganya. "I love you."
"I love you too." Dia mengungkapkannya perlahan.
Sekepas melihat dia hilang di sebalik pintu pelepasan itu, aku pun pulang ke rumah Pavi Residences.
Aku terlelap dan tak nampak chat Jonathan masuk dua jam kemudian yang dia sudah pun tiba di Kuching. Tak apalah, yang penting aku tahu dia selamat.
Malam itu, Gunawan ada buat parti di rumahnya jadi haruslah aku dijemput kan. Aku pakat dengan Natascha untuk gerak sendiri sekali memandangkan malas nak drive sendiri ke sana dan dia pun laju saja bersetuju.
Masuk saja ke dalam keretanya, aku melihat dia bukan main cantik lagi dengan evening dressnya dan dengan bunga sekuntum di telinganya. Tapi kalau dah namanya Natascha, pernah ke dia tak cantik?
"Hai, Danny. I tak tahu pulak yang you nak pergi parti Guna ni."
"Guna dah macam abang I kut. Of course I kena pergi."
"You know Aiman is going to be there kan?"
"So?"
"You know..."
"Tasha, I faham apa yang you fikir but Aiman dah besarlah. We both grown up. Lagipun, he's just an ex."
"Kenapa you tak ajak Jonathan sekali? Kan Guna suruh bawak partner kalau ada." And as for tonight, Tasha tak ada partner.
"Oh, dia balik kampung. Ayah dia jatuh tangga. Last night I hantar dia pergi airport."
"I see. So how his dad going?"
"Progressively fine, he told me. Cuma ada terseliuh sikit tangan dia."
"Dia tahu tak you datang party ni?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Fiksi Remaja"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
