Nampak saja papan tanda Les Mecs, aku terus menghela nafas lega. Tak sangka yang Danny sudi juga membawa aku berjumpa dengan old flame dia tu. Tapi is it even an old flame though?
"He's performing tonight?" Danny bertanya padaku.
"I guess so. Lupa nak tanya Mandy tadi. Tapi malam ni weekend night so I guess high probability that he's performing."
"I see."
Aku tahu Danny tak ingin pun sebenarnya menjejakkan kakinya ke sini tapi sebabkan aku yang meminta, dia turutkan juga. Lagipun, semua ini tentang kami juga. Again macam aku cakap sebelum ni, kalau benda tu ada kena-mengena dengan aku dan Syahid, pasti dia terlibat juga.
"Thanks sebab nak ikut aku datang sini."
Danny hanya menjongketkan keningnya. Itu pun sudah cukup membuatkan hati aku sedikit lega. Mana aku tak sayang pada dia ni lagi.
Masuk saja ke dalam Les Mecs, seperti biasa kami disambut mesra oleh Mandy yang kerja dia memang frontdesk sahaja. Dia membawakan kami dua gelas vodka sebelum turut duduk bersama kami.
"Cari Syah ke?"
Aku mengangguk. Danny pula bermain handphone.
"Syah dalam VIP room. Daddy dia datang tadi."
"Oh, Syah ada sugar daddy?" I mean, Daddy could only mean one thing right?
"Choiy mulut kau nyah! Bukanlah! Daddy dialah, Uncle Andrew. Kau mulut jahat nak kena cili." Mandy menepuk lembut bahu aku. Danny pula sedang ketawa mengekek di sebelah aku. "Entahlah, sis pun pelik kenapa Daddy dia tiba-tiba datang. Rasanya Syah bayar balik je loan dia buat kat bapak dia tu."
"Loan apa?" Aku bertanya curious.
"Loan bukak Les Mecs nilah. Syah kan Singaporean so mana lepas nak buat loan bank kat sini. Nak buat kat Singapore pun tak lepas sebab dia tak ada stable income. So kau rasa dengan siapa lagi dia nak caras kalau bukan bapak dia sendiri?!"
Aku mengangguk mengiyakan.
Kami bertiga berbual seketika sebelum aku nampak seorang lelaki pertengahan usia berjalan melepasi kani bertiga. Dia menjeling ke arah Mandy walaupun Mandy memberikan senyuman kepadanya. Sombong betul orang tua seorang ni.
"Tulah Uncle Andrew tu. Memang kalau dia pandang aku ni macam nak telan je. Sorrylah sis tak pandang usia senja macam tu."
"Tak payah kau pandang dia pun, dia pun tak nak kau, Mandy." Perlahan saja Danny memberi komentar.
"Kau babilah, nyah. Dahlah, bencik kau!"
Syahid datang ke arah kami kemudiannya. Melihatkan aku dengan Danny, dia tersentak seketika dan meneruskan perjalanannya.
"Hai, Syahid..." Aku bersuara sebelum menguis bahu Danny.
"Hai, Syahid..." Danny bersuara. Syahid tersenyum kecil. "Okay, that's so not me. Hai, Ayed."
"Now yes it sounds like you..." Dia mengambil tempat duduk sebelum memulakan ayatnya. "Kenapa ni? And can we go to the VIP room? Sini bising sangat."
Aku dan Danny mengangguk sebelum membuntuti Syahid ke bilik VIP. Bilik itu mempunyai sebuah katil Queen dan memang dihias macam hotel lima bintang. Nak sewa bilik ni satu malam pun RM 400 tak salah kata Mandy. Belum campur nak sewa the boys lagi.
"Haa kenapa ni?" Syahid bersuara seraya menyalakan rokoknya.
"Ayed, actually I just want to say thank you for taking care of my Jonathan during our breakup. I know I was a bad boyfriend to him and you stepped in to help him is..."
YOU ARE READING
Spotlight (Razif Haydar 2)
Teen Fiction"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...