Aku beli secawan kopi Starbucks tanpa niat meminumnya sebelum duduk di satu sudut di dalam kafe mewah tersebut. Donat yang dibeli disuap sedikit ke dalam mulut dengan garpu. Manis sahaja ianya bercampur dengan saliva dan terus ke tekak seterusnya ke mulut.
Pertemuan dengan Jonathan tadi sedikit sebanyak affects aku emotionally. Aku pernah di tempatnya. Aku tahu apa yang dia rasakan. Aku dah lama kenal dengan Syahid dan sebelum itu pun, aku tahu apa yang dia lakukan.
Gambar polaroid aku dan dia dikeluarkan dari dalam wallet dan diletakkan di atas meja. Air mata aku pula yang jatuh menitis ke gambar tersebut.
2012
"Angah ikut Along pergi parti kawan Along tu boleh ke?" Mama bertanya ketika lunch hari itu kepada Along. Along pula hanya mengangguk kepada soalan itu. "So, Angah ikut ya."
"Mama, Angah tak rasa..."
"Angah..." Along memintas. "Ikut jelah. Cuba buat kawan. Kawan-kawan Along tu okey jelah."
"Betul tu, Angah. Mama suka kalau Angah ikut. Make friends, okay."
Aku tiada pilihan apabila Mama pun berkata demikian. Jadi petang itu, aku pun mencari pakaian yang sesuai untuk digayakan ke parti kawan Along itu. Sungguhpun statusku adalah model remaja, aku sebrnarnya taklah pandai sangat bergaya. Unlike Finn, aku sangatlah decent looking.
"Angah, party tu quite fancy tau so wear something smart eh?"
Wearing something fancy is not something hard to do if kau adalah aku considering aku ialah model. To present the something fancy is what bothers me the most tambahan lagi dalam keadaan seperti itu.
Aku memang ada severe anxiety honestly. Macam kelakar kan seorang model ada anxiety considering bukankah model sepatutnya someone yang bold dan daring. Tapi aku tak semua itu. Aku sangat pendiam orangnya.
Aku kemudian mengikut Along ke parti kawannya itu yang aku panggil sebagai Fazril sahaja. Tak salah, kawan sekolah Along jugak. Kami pergi ke rumahnya dengan menaiki kereta Roy yang also dipinjam daripada ayahnya. Roy ni member baik Along dan kiranya baik jugalah dengan aku. Family kitorang pun dah anggap dia ni ajak jugak.
Sampai di rumah kawannya itu, aku mula dibiarkan seorang diri. Along dan Roy sudah mula berbual dan hilang di parti tersebut dan tinggallah aku sahaja di situ. Hanat punya abang. Kat Mama bukan main kau meratib konon kau nak jaga aku kat sini.
Parti itu agak meriah. Siap ada kambing golek dan kiosk cendol. Tapi aku sekadar ambil fruit punch sebab queue nak ambil kambing tu bukan main lagi ramai. Dah macam kenduri kahwin gamaknya. Cuma halaman rumah Fazril ni memang besar jadi hal ini semua bukanlah isu.
Dalam kesibukan itu, aku nampak seorang lelaki duduk bersandar di dinding memerhatikan sekeliling sambil di tangannya terdapat segelas fruit punch juga. Diteguknya sedikit kemudian dia pandang lagi keliling.
Aku nampak dia kemudian terpandang aku. Cepat-cepat aku melarikan pandangan dan pergi ke barisan kambing golek tersebut. Tapi anxiety aku makin teruk and aku actually hyperventilate masa tu. Aku terus tinggalkan queue tersebut dan mencari Along. Along tak guna betullah mana kau ni!?
Aku terjumpa satu sudut kecil yang sunyi sikit dan aku berdiri di situ menghadap dinding. Aku cuba menarik nafas perlahan-lahan dan dihelanya perlahan.
Hampir luruh jantung aku kemudiannya ketika bahuku disentuh dan ianya adalah lelaki tadi. Aku bertambah panik dan mula hendak lari dari situ.
"Hey, jangan takut. Nah, aku dah ambikkan kambing golek untuk kau. Aku nampak kau beratur tadi and then I saw you rushed away. Aku rasa macam something is off so aku kinda, kejar kau if that doesn't make it sound crazy?" Suara dia... oh my God! Very manly and very handsome, just like his face.
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Novela Juvenil"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
