Perbualan ini telah dialih dari bahasa Sarawak ya so silalah bersyukur.
"Ada photoshoot ke hari ni, Jonathan?" Uncle Clement bertanya ketika aku turun ke dapur pagi itu.
"Ada, Uncle. Nanti kawan Jonathan ambik."
"Balik jam berapa tu? Uncle nak kunci pagar nanti senang."
"It's okay. Takut jugak kalau Jonathan tak balik malam nanti."
"Tidur rumah siapa tu kalau tak balik?"
"Rumah Razif kut. Macam biasa." Aku berbohong. Uncle Clement masih tak begitu rapat dengan Syahid jadi aku tak mahu melibatkan nama Syahid dalam perbualan ini.
"Haa okay then. Just take care okay."
Syahid jemput aku sejam sebelum calltime. Jujurnya, sejak dua menjak ni, aku semakin rapat dengan Syahid. Not saying that aku mula menaruh perasaan ke apa tapi, aku tahu dia buat semua tu with a genuine feeling. Or maybe aku just infatuated with whatever the hell he's doing.
"Hari ni kau photoshoot dengan siapa?"
"Tak tahu. Katanya mungkin tukar talent since the partner call sick pagi tadi. Tak tahu siapa would be the replacement."
"Ah I see. Aku tunggu sampai kau habis eh?"
"Eh tak apalah. Kesian pulak kau. Banyak pulak masa kau nak tunggu aku tu nanti. Kesian kat kau."
"Alah tak apa. Aku bukannya ada hal apa pun hari ni."
"Les Mecs?" I mean, itu je pun yang aku tahu kerja dia ni.
"Jonathan, it's only four in the evening. What's with the rush?"
"Oh, any friends to see?"
"People like me don't have much friends. And if ada pun, they don't associate themselves much with people like me." Again, dia suka downgrade kerja dia tu. What's wrong of being a pelacur?
Jonathan, read that last sentence again but slowly.
"The guy we met at the R&R, is that your friend?"
"Antonio? Rizalis Antonio Espinosa?"
"He looks Malay but have a Spanish name?"
"His father is Pinoy-Malay and mak dia original Melayu. Nothing interesting about him."
"He chased you to the car and you tell me that nothing is interesting about him?"
Dia tersenyum sebelum menoleh ke arah aku. "Maybe if this story can ever reach the next season then I will tell the story about him. You just wait."
DIA INGAT INI TELENOVELA KE ADA BANYAK SEASON SEKARANG NI?!
Aku menarik muka. Not that he's my boyfriend nor I want him to pujuk, I just feel like it.
"Jonathan, kau tahu aku jenis orang yang tak ada rahsia dengan kau kan? Cumanya, benda tu terlalu private untuk aku cerita. Bila aku dah sedia, aku cerita sendiri okey."
Aku tersenyum kembali. Suka aku apabila dia meletakkan aku istimewa dalam hidup dia walau bukan sebagai kekasih.
Sampai saja di lokasi penggambaran itu, aku melihat sebuah kereta yang sangat familiar dan melihat wanita yang keluar dari kereta itu, aku mendapat mixed feelings.
"Tasha?"
Dia menoleh dan tersenyum kepada aku dan Syahid.
"Oh hi! I thought Fira was joking when she said I will be partnered with you. Tak tahu pulak yang she was actually serious..." Kemudian dia memandang ke arah Syahid. "Long time no see."
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Novela Juvenil"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
