"Kitorang balik dulu eh? Razif ada practice kejap lagi dengan Abang Dash." Haydar bersuara tiga jam kemudian.
"Oh harini ada training eh?" Syahid bertanya kepada Haydar dan Razif.
"Ada. Abang Dash nak buat yang harmonizing modern dengan traditional."
"Oh, baru lagi eh benda tu?" Aku pula yang curious this time.
"Ya, yang kau quit tu." Syahid ni kalau tak sound direct takleh ke?
"Biarlah dia nak quit pun. Hak dia." Yeay yeay Abang Danny kita backup.
"Haa backup, backup!" Syahid ni kan...
"Whateverlah, laew pop kan mai, na." Razif sudah memaut lengan Haydar. Tsundere teruk wey dia ni sekarang. "Haydar, jomlah."
"Yelah..."
Dan sepemergian mereka dari situ, aku masih memeluk Danny dan masih tak ada gaya hendak melepaskan pelukan itu.
"Habis dah semua orang ada partner, aku nak couple dengan siapa? Pintu?" Readers semua ada yang tercyduk tak dengan ayat ni?
"Siapa suruh reject aku dulu? Kan dah sendu seorang."
Aku nampak Syahid tersenyum nipis. Not knowing much in depth tapi aku tahu deep inside, kemesraan kami berdua mendatangkan cemburunya. Tak kisahlah pada aku atau Danny, dia mahukan apa yang kami mahukan.
Gunawan masuk ke dalam bilik wad tersebut selepas itu. Melihat aku dan Danny masih berpelukan, dia tersenyum. I mean, dia dah macam bapa angkat tak rasmi Danny kan, tak salah rasanya kalau dia nak merapat.
"Untunglah ada boyfriend temankan."
Danny memeluk aku lebih erat lagi. Datamg mood clingy dia boleh tahan ya mengalahkan budak. Syahid pula masih setia duduk di kerusi sebelah sana dan memandang Gunawan sekilas, dia kemudiannya mengeluarkan handphone.
"Kurangnya korang berdua takdelah clingy macam Krul dengan Razif Kamal dulu." Komentar kurang senang kedengaran dari mulutnya.
"What do you mean by that?" Aku meminta penjelasan lebih.
"Yeah, dua ketul tu. Clingy gila wey. Kesian gila aku tengok Diana masa tu. Kau bayangkan perempuan cantik macam Diana Phawsatteep tu dulu senang-senang je Krul tu reject sebab nakkan Razif Kamal tu..."
"Jonathan, jom teman aku makan." Syahid memintas perbualan. "Aku rasa sandwich aku beli kat Pagoh tadi dah jadi daging kut. Lapar bukan main ni."
"Kau dari Singapore ke, Ayed?" Gunawan bertanya.
Syahid bangun dari duduknya dan menarik aku bangun. "Yes... and don't call me Ayed. Only he can call me that."
Aku dan Syahid kemudiannya turun ke kafe dan dia memesan sepiring spaghetti dan aku hanya makan sandwich sahaja. Entah, masih tak terlalu lapar untuk makan apa-apa yang berat untuk tengahari itu.
"So Danny called you Ayed?" Aku membuka bicara.
Syahid menggangguk. "The one and only."
"Uuuuu, sweet!"
"We could be if we wanted to."
"When you said 'we', you and Danny or you and me?"
"Dua-dua kut."
Aku tersenyum nipis. If aku tak ada Danny, memang Syahid akan sentiasa jadi pilihan. He has all the package to be the perfect boyfriend.
"Aku sebenarnya takut sikit dengan Gunawan tu." Sekali lagi, dia tiba-tiba bersuara. "Aku faham dia dah lama kenal Danny tapi there will always something about him that will always remain ambigous."
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Novela Juvenil"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
