Aku tak pergi kelas hari itu dan aku pergi ke klinik dengan dibawa oleh Syed dan berjaya dapatkan MC intuk dua hari. The best part is Syed siap belanjakan KFC lagi dengan alasan belanja budak demam. Sayang kawan-kawan saya.
Tapi yang tak bestnya, hari aku MClah hari dua-dua kelas nak cancel babih!
Jadi aku ajak Romeo dan Razif untuk melepak di bilik aku. Aku tak berniat memberitahu mereka tentang apa yang jadi walaupun sebenarnya mereka lebih daripada berhak untuk tahu apa yang berlaku.
"Sebenonye engko pergi mana malam tadi, mat? Tau dok orang dok riso pasey engko sampey si Razif ni tak boleh tido?"
Aku memandang Razif dan Razif tersenyum sedikit. Kenapalah aku tak seberani Haydar yang sanggup confess kat dia dulu? Kalau tak sekarang mesti dia dengan aku dan aku tak perlu hadap dengan all this shit ever again it is getting more sickening each day.
"Aku tak nak korang risau. Tu je."
"Pala butoh engko tak nak kitorang risau?! Abih tu yang kitorang dok missed call kau sampey 20 kali tu tak abih riso lagi ke apa? Bodo pikiyo pakey lutut. Pasey nilah Jepun jajah kita dulu tau dok?"
"Hoi, Romeo. Cakap tu pakai otak sikit. Jangan main lepas je. Jagalah hati orang sikit. Bodoh macam senduk."
"Takde apanya punlah. Kau orang janganlah risau sangat. Sik ada apapunlah jadi malam tadi."
"Then explain all the red marks on your neck. It's not lovebite so pleaselah jangan bagi alasan bodoh macam kau have sex malam tadi."
"Oh yang ni ka?" Aku pegang kesan itu. Peritnya masih ada. "It just... aku kena mugged malam tadi. Syahid yang tolong. He's no harmlah guys. He saved me." Aku berbohong.
Aku tahu yang Razif tahu aku berbohong. He always know itu masalahnya dan hanya itu yang aku perlukan.
"Hmm, I see..." Romeo berkata. Kemudian dia menerima satu panggilan dan Razif memandang aku atas bawah, meragui apa yang aku katakan. I'm sorry, Razif. "Guys, Cik Kemboja ajak aku lunch. So, Jonathan Bruce Gigi, take care okay. Aku cau dulu."
Selepas Romeo keluar, Razif naik ke atas katil aku dan memandang aku tepat ke dalam mata. I swear to God with him only wearing a black tank top, aku wonder how this guy's a bottom. He's hot!
"Cerita kat aku sekarang the truth. I know you were lying."
Aku tiada pilihan. "Jangan bagitau sesiapa eh? Especially Haydar." Dan aku pun bercerita kepadanya semua. Les Mecs, Mandy dan juga apa yang berlaku kepada aku dan Syahid. Memang habis air mata aku bercerita kepadanya.
"Jomlah report polis. It's a rape, Manuk!"
"Tak nak. Siapa nak percaya, Razif? Let's be completely clear and rational here. Siapa je yang akan percaya? Tak payah buang masa kita jelah."
"Dah tu kita nak let go dia blah macam tu je?"
"Ada baiknya jugak. Kau mauk ka parents aku kat Sarawak sinin tu naik susah. Aku sikmoklah bikin nyaduak tu susah hati."
"Tapi Manuk, ini pasal kau tau. Bukan pasal orang lain."
"Pasal ini pasal akulah aku memang kena fikir pasal orang lain yang ada kena-mengena dengan aku. Aku tak kaya, Razif. Benda macam ni boleh susahkan aku dengan family aku. Aku tak boleh, Razif. Aku tak boleh..." Aku terus memeluk Razif semahu-mahunya. Habis basah bahunya dengan air mata aku. "Kenapa aku macam ni?"
"Maksud kau?"
"Aku just nak disayangi. Nak rasa disayangi dengan orang yang sayangkan aku seikhlasnya but all I get is just..." Aku tak dapat menghabiskan ayatku. Razif terus membalas pelukan aku itu. "Is that too much to ask, Razif?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Spotlight (Razif Haydar 2)
Ficção Adolescente"Got a long list of ex-lovers that will tell you I'm insane..." Danny Aduka, model terkenal panas baran. Jonathan Bruce Williford, jejaka humble tak punya apa. Mereka jatuh cinta dalam kondisi kebetulan. Tapi tak semua orang senang melihat kita b...
