Bab 6

1.5K 130 16
                                        

Aku dan Razif tak ada kelas tengahari itu jadi kami memutuskan untuk makan di kafe dulu lebih cepat. Mana tahu kalau-kalau tak sempat ke nak pergi ke latihan Senior Idol tu.

By the way, Senior Idol ni adalah satu acara awal semester setiap tahun untuk mencari siapa antara pelajar tahun kedua dan ketiga yang akan mewakili setiap Divisyen untuk satu pertandingan Inter-Divisyen. Macam Divisyen non-performing macam Penulisan Skrip dan Pengurusan Hiburan, mereka perlu berkerja sama dengan mana-mana Divisyen.

And all praise to Jesus, aku dan Razif dapat masuk mewakili Divisyen Tarian. Romeo pula dia sudah sibuk untuk Festari Kuala Lumpur jadi dia tak joinlah Senior Idol ni. Adalah aku dengan Razif sahaja.

Jadi ketika makan, aku dan Razif makan sambil berbual tentang pelbagai perkara. Selepas makan, Razif membeli ABC dan aku juga jadi craving benda yang sama.

Aku pergi ke booth menjual ABC dan memesannya. Tapi semasa aku membuka wallet, aku macam dapat mendengar bunyi kaca berderai apabila hanya ada RM5 sahaja di dalamnya. Gaji aku pula masuk esok jadi memang masa itu aku tak ada duit untuk makan malam itu.

"Err, kak. Sorry tapi boleh cancel tak?"

"Kenapa, dik?"

"Hmm, saya ada hal tiba-tiba. Sorry ya, kak."

Aku berlalu pergi dari booth tersebut kembali ke meja aku dan Razif tadi.

"Asal tak beli?"

"Oh, malaslah. Lagipun nak jaga suara." Aku berbohong. Kalau aku mintak kat dia ni, dapat saja ni.

"Kau jaga suara?" Razif tidak percaya dengan hujah aku.

"Yelah. Selalu sangat minum air batu, tak baguslah."

Razif berkerut dahi. Boleh tahan coverline aku ni bila menipu. Yalah, kalau juju nanti, adanya nanti dia bagi duit kat aku. Malaslah aku nak terima.

Buk! Satu gelas plastik berisi Ais Batu Campur muncul di hadapan aku dan Razif. Dengan merah jambu warnanya, dihiasi kacang merah dan sagu di dasar, berserta taburan jagung krim di atas, semoga Tuhan memberkati ABC. Kami berdua serentak memandang orang yang meletakkan ABC itu.

"Next time, cakap jelah kalau teringin. Kesian aku tengok tadi."

"Eh, Syahid, hi...." Aku menyapanya.

"Hai. Jangan lupa tau apa aku cakap tadi tu?"

"Syahid, actually, tak payahlah susah-susah..."

"It's not susah pun. Just a simple gesture."

"Kau dah makan?" Razif bertanya ramah kepada Syahid.

"Haa itulah. Apa yang best eh kat sini? I tak pernah study sini so I never know apa yang best kat sini."

"Oh kalau kat Kafe Divisyen ni, kedai yang best kat booth Nasi Ayam tu dengan Butter Chicken tu. Then untuk air, Mango Smoothies kat kedai hujung tu."

"Kau ni, Zif. Tak habis-habis dengan Mango Smoothies tu." Aku mengusiknya. 

Syahid ketawa. Kemudian dia memandang ke arah kedai yang kami ceritakan tadi. Dari side profile, dia memang kacak. I would say sama level dengan Danny but that would too much. Tapi tambah point dengan dia punya soft-spoken tu, I can tell kalau dia ni memang ramai peminat.

"Anyway, Divisyen Peragaan jauh ke dari sini?" Dia bertanya kepada kami.

"Oh, dalam lima minit jalan kaki. Kenapa, Syahid?" Razif menjawab bagi pihak aku.

"Nothing. Just there's few people I wouldn't like to see there. Mana tahu kalau dekat."

"Jarang Divisyen dorang nak pergi Divisyen lain. Kalau makan pun, Divisyen dorang pun yang paling sedap pun."

Spotlight (Razif Haydar 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang